UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Cardiff City banggakan Malaysia

Posted by admin | Malaysia Team | Thursday 26 January 2012 7:33 am

Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara.

Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua.

Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.

Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada 1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.AFP

UTUSAN MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme