Cardiff City batal hasrat beraksi di Malaysia
KELAB Liga Kejuaraan (bahagian satu) Inggeris Cardiff City membatalkan hasrat mengadakan perlawanan persahabatan pada 14 dan 17 Julai ini dengan alasan logistik sebaliknya menjemput Malaysia menghantar skuad kebangsaannya berlatih di Wales.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata surat pembatalan dan jemputan kepada pasukan kebangsaan berlatih bersama pasukan itu di negara asalnya, Wales, diterima baru-baru ini.
“Cardiff City memberitahu pembatalan tersebut atas alasan logistik. FAM kini sedang mencari tarikh sesuai menghantar pasukan kebangsaan bimbingan K Rajagobal ke Wales. Latihan di sana juga sebagai persediaan skuad negara ke Sukan Asia di Guangzhou November ini” katanya di Wisma FAM, semalam.
Cardiff City, yang kini dimiliki jutawan Malaysia Tan Sri Vincent Tan, dijadual menentang pasukan remaja Malaysia pada 14 Julai sebelum bertemu skuad kebangsaan tiga hari kemudian.
Azzuddin berkata skuad K Rajagobal, bagaimanapun berpeluang beraksi menentang skuad Olimpik Korea Selatan dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 25 Julai ini.
Mengenai status tiga warga kejurulatihan Harimau Muda A yang direhatkan sementara, FAM menangguhkan sebarang pengumuman sebelum menerima perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.
“Keputusan mengenainya terlebih dulu perlu diperkenankan Sultan Ahmad Shah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan sebelum diumumkan kepada khalayak,” kata Azzuddin.
Minggu lalu, FAM ‘merehatkan’ ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor, penolong, Azman Eusoff dan jurulatih penjaga gol, P Mohana Sundram tanpa mendedahkan butiran lanjut.
by Berita Harian Online
5 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI


Hey, I’m looking for a decent hosting provider. Perhaps you could recommend a trustworthy one? I can sign up via your aff link. Mine is somewhat untrustworthy right now. ]:
Recently, I did not give so much thought to writing comments on weblog entries and have left comments even less. Checking out your powerful content, may very well encourage me to do this often.
I loved your post.Much thanks again.
Great content and informative topics, I will be back. Every website is different, each website should have good page titles, meta decription and relevant content that relates to your most wanted outcome.
Great One…
I must say, its worth it! My link, http://blogs.flooringtodayonline.com/caroline11/,thanks haha…