UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Disiplin kunci kejayaan

Posted by admin | FA Cup | Tuesday 21 February 2012 9:15 pm

ADA kelas! Itu gambaran yang paling tepat ketika skuad berstatus kelab, Sime Darby membenam Sabah 2-1 pada pusingan pertama Piala FA kelmarin.

Skuad kendalian Ismail Zaka- ria itu ternyata menampilkan permainan bermutu tinggi untuk menyingkirkan Sabah biarpun kedua-dua pasukan itu beraksi dalam kelas berbeza.

Tatkala Sime Darby hanya beraksi pada kempen Liga Premier musim ini, Sabah pula berada dalam kelompok elit apabila mengharungi saingan Liga Su- per.

Bagaimanapun, Sime Darby membuktikan mereka masih mampu memberikan aksi terbaik, sekali gus melakar kejutan ke atas Sabah.

Ismail menyifatkan kejayaan tersebut berpunca daripada kekuatan disiplin para pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung.

“Saya cukup gembira dengan kejayaan pasukan saya menewaskan Sabah pada pusingan pertama (Piala FA).

“Sabah merupakan salah sebuah pasukan yang sangat hebat yang beraksi di pentas Liga Super tetapi kami berjaya menangani mereka dengan baik.

“Kunci kejayaan kami pada perlawanan itu adalah pemain- pemain saya cukup berdisiplin dan sentiasa mendengar arahan.

Ditanya mengenai pertemuan dengan USM Pulau Pinang pada pusingan kedua nanti, Ismail yang terkenal dengan sifat merendah diri itu berkata, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terus dibuai dengan kejayaan lalu.

Sebaliknya, beliau menuntut komitmen dan fokus penuh para pemainnya, selain tidak memandang rendah keupayaan USM FC.

“Benar, kami telah menewaskan mereka (USM FC) 4-1 pada aksi Liga Premier sebelum ini tetapi keputusan itu tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan mereka.

“Jadi, kami tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan mereka tetapi kami harus bekerja dengan lebih gigih lagi,” ujarnya.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme