MALAYSIA LEAGUE ONLINE

Perhitungan terakhir
KELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu.

Begitupun, ia bukan jaminan buat The Red Warriors untuk menjinakkan Sime Darby yang telah mencipta kejutan melangkah ke final selepas menyingkirkan juara musim lalu, Terengganu pada peringkat separuh akhir.

Andai Sime Darby tampil dengan aksi terbaik, Kelantan akan terus berputih mata untuk menjulang piala berprestij itu selepas gagal pada musim 2009 dan 2011.

KOSMO ONLINE

Sarawak dapat ‘lampu hijau’
Sarawak mendapat berita gembira semalam apabila penyokong pasukan mereka dibenarkan kembali ke Stadium Negeri, Kuching pada 16 Jun ini.

Malah, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Mohammad Abu Bakar Marzuki terlepas hukuman berat apabila hanya diberikan amaran atas tuduhan mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selepas menjalani larangan bermain tanpa penonton kali pertama ketika menentang Sabah, 12 Mei lalu kerana keganasan penonton 7 April lalu, Si Bujang Senang juga mendapat penarikan balik hukuman itu bagi baki dua perlawanan asalkan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dapat memastikan insiden yang tidak diingini itu tidak berulang.

Malah, tingkah laku penyokong anak-anak buah Robert Alberts apabila Sarawak melayani Selangor di stadium itu dalam Liga Super, 16 Jun ini bakal menjadi kayu pengukur Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam menentukan sama ada larangan itu boleh ditarik balik atau dikekalkan bagi dua perlawanan berikutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Razak berkata, larangan ke atas penonton ditarik balik secara bersyarat setelah mengkaji makluman dan pandangan pihak polis Sarawak.

Pun begitu, tegasnya, FAM tetap akan menghantar wakil bagi membuat tinjauan dan pemerhatian pada perlawanan dengan Selangor itu.

Jawatankuasa itu pada 27 April lalu, selain mendenda RM46,000, turut melarang Sarawak bermain dengan kehadiran penonton bagi empat perlawanan ekoran insiden penyokongnya menyerang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), membaling mercun dan botol minuman terhadap penyokong Kelantan serta penolong pengadil di Stadium Negeri, 7 April lalu.

“Amaran keras pula diberikan terhadap Mohammad Abu Bakar setelah jawatankuasa mengkaji pembelaannya dan mengingatkannya agar tidak mengulangi kenyataan di media (yang menyifatkan hukuman 27 April itu sebagai membunuh bola sepak Sarawak dan tidak setimpal dengan insiden yang bukannya berupa rusuhan besar-besaran),” kata Taufik.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa penarikan balik larangan ke atas penonton secara bersyarat dan berperingkat itu ada kaitannya dengan kemungkinan FAM bimbang dengan kejatuhan angka jualan tiket penonton di Stadium Negeri, Kuching yang sebelum ini didapati begitu menggalakkan.

“Sebelum itu lagi kita tahu kutipan tiket menghasilkan RM107,000 buat Sarawak setelah ditolak kos tetapi larangan bermain tanpa penonton dikenakan kerana kami mendapati perlawanan bola sepak di situ sudah tidak menepati erti keseronokan atau riadah apabila berlakunya insiden serangan ganas penonton,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

‘Terserah pada Annuar’
‘Ini negara bebas, beliau boleh membawa perkara ini ke mana sahaja’, Itu ulasan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah (gambar) berhubung gesaan Tan Sri Annuar Musa supaya badan induk bola sepak negara menubuhkan sebuah tribunal timbang tara.

Kelmarin, Annuar meminta FAM menubuhkan Tribunal Timbang Tara bagi membincangkan semula hukuman penggantungan dua tahun enam bulan yang dikenakan terhadapnya.

“Ini negara bebas, beliau boleh bawa ke mana sahaja yang beliau inginkan. Saya tidak mahu memberi komen lebih lanjut. Beliau telah dihukum mengikut perlembagaan FAM,” kata baginda selepas menyampaikan sumbangan peribadi RM100,000 kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia. FAM turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM30,000.

Sementara itu mengulas isu yang sama, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan, sebelum mahu mewujudkan Tribunal Timbang Tara, Annuar perlu terlebih dahulu melihat sistem yang sedia wujud di dalam FAM.

“Segala-galanya terletak di atas budi bicara exco sama ada hendak membuang peraturan dan sistem yang sedia ada ketika ini. Walau apa pun kita tidak boleh lari daripada peraturan dan panduan yang telah digariskan.

“Saya juga tidak mahu komen banyak atas apa yang Tuanku titah, ia terpulang kepada orang berkenaan untuk mengambil apa-apa tindakan tetapi FAM sentiasa berpandukan garis dan panduan yang sedia ada,” katanya.

Kata Azzuddin, walaupun 15 exco FAM termasuk presiden sedia menimbang untuk mewujudkan Tribunal Timbang Tara, namun ia juga perlu melihat peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Seandainya exco menolak penubuhan Tribunal Timbang Tara, Annuar tidak mempunyai laluan untuk membawa perkara tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Namun saya bukanlah pihak yang membuat keputusan.

“Apa-apa arahan dan keputusan daripada exco untuk merujuk kepada FIFA dan sebagainya, sebagai Setiausaha Agung saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya. Saya tidak berada pada berkedudukan untuk membuat keputusan dan memberi nasihat,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan Annuar yang masih menghadiri majlis rasmi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) walaupun digantung Azzudin berkata, FAM tidak mahu membuat tindakan tergesa-gesa dan telah menulis kepada FIFA untuk mendapat nasihat.

“Jika masih ada ruang dan keraguan FAM tidak boleh melakukan interpretasi sendiri, kita perlu merujuk kepada FIFA.

“Intepretasi terpulang kepada masing-masing, setengah orang menilai dengan jelas, kalau ada keraguan kita akan merujuk FIFA,” katanya.

Oleh FERZALFIE FAUZI

ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Pengajaran buat Sime Darby
DUKA dijinakkan pada saat-saat akhir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam aksi Liga Premier malam kelmarin tidak sedikit pun meresahkan jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria.

Bagi Ismail, anak-anak buahnya telah mendapat pengajaran berguna pada perlawanan itu, lebih-lebih lagi mereka akan menghadapi Kelantan pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Lebih selesa dianggap sebagai pasukan underdog, Ismail berharap skuad kendaliannya mampu melakar kejutan ke atas Kelantan nanti, sekali gus membolehkan Sime Darby muncul kelab pertama menjulang Piala FA.

Tanpa berselindung, Ismail yakin fokus anak-anak buahnya menjelang final Piala FA tidak terjejas meskipun tewas 1-2 kepada ATM malam kelmarin.

“Dalam perlawanan menentang ATM, saya lihat barisan pertahanan saya sedikit hilang tumpuan pada babak-babak akhir sebelum dihukum penyerang lawan, Hairuddin Omar yang berjaya meledak gol kemenangan.

“Kecewa memanglah kecewa apabila tewas, namun ia tidak bermakna kami mahu berterusan meratap kegagalan dan mahu kembali bangkit mengejutkan The Red Warriors, Sabtu ini.

“Saya percaya, pemain saya begitu teruja kerana berjaya menjejakkan kaki ke pentas final Piala FA buat kali pertama, sekali gus dapat melupakan kekalahan terhadap ATM,” katanya kepada Kosmo!semalam.

Namun pada masa sama, Ismail juga mengakui ia bukan satu tugas yang mudah apabila Sime Darby kehilangan khidmat kapten, Kamarul Afiq Kamaruddin pada final Piala FA kelak kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Justeru katanya, beliau akan melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama nanti bagi menjana serangan menggempur kubu Kelantan .

“Sentuhan penyudah penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh juga benar-benar ditagih dalam usaha memburu gol awal bagi memberi- kan tekanan kepada pasukan lawan.

“Kami sudah melangkah sejauh ini, jadi kami enggan berputih mata sebegitu sahaja dan akan memberikan tentangan habis-habisan.

“Tidak ada perkataan rehat dalam ‘kamus’ Sime Darby, kami hanya boleh berehat sebaik Piala FA berakhir,” katanya.

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

hidayat.azmie@kosmo.com.my

Butler ganti Mat Zan
TEKA-TEKI siapa yang bakal mengemudi Terengganu terjawab semalam apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Tereng- ganu (PBSNT) melantik Peter James Butler sebagai ketua jurulatih skuad Peteh itu berkuat kuasa 1 Jun depan.

Butler yang juga bekas ketua jurulatih Kelantan telah menandatangani kontrak bermula 1 Jun 2012 hingga 30 November 2013.

“Saya berpeluang melihat kelibat pemain-pemain Terengganu semasa Piala Malaysia, malah sudah mengetahui kualiti tinggi yang dimiliki mereka.

“Pasukan Terengganu juga memiliki ramai pemain muda dan saya berharap dapat membawa kejayaan kepada pasukan,” kata Butler pada sidang media di pejabat PBSNT di Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun Butler memberitahu, skuad Peteh itu perlu bekerja keras dan menjaga disiplin dalam misi memburu kejayaan.

“Kalau pemain mengikut corak strategi yang diatur dengan disiplin tinggi, mereka akan menjadi individu lebih bagus, sekali gus dapat memajukan lagi pasukan.

“Saya tidak mahu melakukan banyak perubahan dalam pasukan. Para pemain sendiri yang akan menentukan sistem, bukan sistem yang menentukan pemain- pemain,” ujarnya.

Butler juga berharap pelantikannya itu mendapat kerjasama penuh, terutamanya daripada penyokong setia skuad Peteh.

“Saya tahu Terengganu mempunyai penyokong fanatik. Banyak kali saya datang sini. Jadi saya harap mereka (penyokong) akan bantu saya dan pasukan,” ujarnya.

Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh pula memberitahu, pemilihan Butler berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki jurulatih kelahiran England itu.

“Kami berpendapat, beliau (Butler) pernah berkhidmat di Malaysia dan mengikuti perkembangan bola sepak tempatan, malah memahami hubungan pemain dan budaya negara ini.

“Beliau juga boleh berbahasa Melayu dengan baik, sekali gus memudahkan komunikasi dengan pemain-pemain kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Che Mat menjelaskan, pihak pengurusan PBSNT telah membuat keputusan bahawa kontrak ketua jurula- tih sedia ada, Mat Zan Mat Zan akan di- tamatkan pada 31 Mei ini.

“Mengenai kontrak Mat Zan, kita sudah bincang dan akan selesaikan bersama beliau. Jika tiada persefahaman, rayuan akan dibuat,” ujarnya.

Pada 3 Mac lalu, PBSNT memutuskan untuk merehatkan Mat Zan sehingga 15 Mei (hari ini) ekoran prestasi tidak menentu skuad kendaliannya.

Beberapa hari kemudian, Mat Zan membuat keputusan mengejut apabila mahu mengundur diri daripada membimbing Terengganu.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

amir.azam@kosmo.com.my

Kelantan terus hambat Lions X11
FINALIS Piala FA, Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak Liga Super apabila gah merakamkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan kelab, PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi.

Seawal minit ketujuh, PKNS hampir di depan, namun percubaan Rudie Ramli dari luar kotak penalti hanya singgah ke palang gol pasukan pelawat yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.Kelantan yang memperoleh sepakan percuma pada minit ke-15 turut gagal membuahkan hasil apabila sepakan Badri Radzi singgah ke palang, namun selang 12 minit kemudian usaha The Red Warriors membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum menolak masuk untuk Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, corak permainan dipamerkan anak buah Bojan Hodak dan Abdul Rahman Ibrahim sedikit hambar apabila setiap serangan dicipta berjaya dipatahkan dengan baik barisan pertahanan kedua-dua pasukan.

Kemasukan Mohammad Ghaddar menggantikan Nurul Azwan Roya sedikit mengubah corak permainan Kelantan dan hasilnya pada minit ke-84, mereka berjaya mendapat gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri yang menyambut baik sepakan percuma Badri dari sebelah kiri pintu gol PKNS.

Tuan rumah yang terdesak terus melancarkan serangan bertubi-tubi, namun sedikit kelekaan mengundang padah apabila Ghaddar menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-88 selepas berjaya melepaskan diri daripada dua pertahanan PKNS.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Kelab Portugal uji Nazmi
Bukan kerana nasib atau mendapat jemputan semata-mata sebaliknya pemain muda berbakat, Mohd. Nazmi Faiz, 17, bakal menjalani ujian pemilihan selama seminggu di kelab bola sepak Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar secara merit.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee menjelaskan, Nazmi akan menjalani sesi ujian di kelab liga Portugal itu kerana bakatnya, tanpa campur tangan dari beliau atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bakal berada di Portugal selama seminggu bermula dari 13 hingga 21 Mei ini ditemani ayahnya, Mansor Mustafar, Nazmi akan menjalani pemilihan untuk menyertai skuad utama kelab tersebut.

Jika berjaya, Nazmi bakal menyertai kelab itu secara kontrak pada umur 18 tahun.

“Bakat Nazmi mendapat perhatian dari seorang ejen yang datang ke sini dan berbincang dengan FAM, proses perbincangan telah dijalankan sejak sebulan lalu,” kata Kim Swee yang mengumumkan perkara tersebut di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Tambah Kim Swee, penjelasan beliau diharap dapat menutup spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan beberapa kelab lain.

“Saya memang suka Nazmi ke sana kerana corak permainan Liga Portugal lebih kepada skil individu berbanding beberapa negara Eropah lain yang lebih mengutamakan permainan bola tinggi dan kekuatan fizikal.

“Jika dilihat dari segi skil, saya lihat tiada masalah buat Nazmi mendapat tempat di sana. Lagi pun tiada syarat tertentu dari segi ranking atau jumlah cap bersama pasukan negara seperti di Britain. Apa yang mungkin menjadi persoalan bagaimana nanti perjanjian itu dapat dimeterai,” katanya.

SC Beira-Mar beraksi dalam Liga Primeira iaitu liga utama Portugal dan turut bersaing bersama pasukan-pasukan ternama Eropah seperti FC Porto, Benfica serta Sporting Lisbon dan kini berada pada tangga ke-12 daripada 16 pasukan.

Sementara itu, Nazmi berkata, dia membuat keputusan mahu mencuba nasib ke Portugal selepas mendapat tawaran dari ejen kelab itu yang terpikat melihat aksinya dalam Liga Singapura.

“Ini adalah kehendak saya sendiri. Saya mahu pergi lebih jauh dalam karier dan mahu memberikan yang terbaik semasa di sana. Ini adalah peluang yang saya tidak boleh dilepaskan.

“Corak permainan di sana mungkin berlainan tetapi saya perlu cepat menyesuaikan diri supaya boleh meraih tempat,” katanya.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

dayne.ghazali@utusan.com.my

Diintai kelab Portugal
KELIBAT bintang muda dalam pembikinan, Muhammad Nazmi Faiz Mansor mula menggamit tumpuan.Biarpun hanya membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Muda A musim ini, Nazmi sudah berjaya menambat hati kelab Eropah.

Kelab Divisyen Satu Portugal, S. C Beira-Mar menjadi kelab Eropah pertama yang menunjukkan minat untuk melamar pemain berusia 18 tahun itu.

Jika tiada sebarang masalah, Nazmi akan menjalani sesi pemilihan (trial) bersama skuad utama Beira-Mar selama seminggu mulai 16 Mei ini.

Mengulas mengenai pemilihan Nazmi untuk menjalani pemilihan itu, pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee menjadi individu paling gembira dengan perkhabaran tersebut.

“Ia adalah satu berita yang baik yang mana Nazmi dinilai sendiri melalui ejen dan pencari bakat kelab itu sendiri.

“Mereka telah datang untuk mengemukakan tawaran secara rasmi supaya meminta Nazmi hadir bagi sesi pemilihan tersebut.

“Lebih membanggakan, ia hasil daripada usaha Nazmi sendiri dan kelab tersebut sendiri yakin dengan bakat semula jadi yang ada dalam diri Nazmi,” kata Kim Swee di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Menurut Kim Swee, Nazmi mampu menjadi ‘produk’ pertama negara untuk membuka ruang kepada pemain-pemain lain beraksi di luar negara terutama di benua Eropah.

“Ia merupakan satu perkembangan yang cukup positif untuk bola sepak negara dan saya harap Nazmi dapat mengambil peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan kontrak beraksi bersama skuad utama Beira-Mar.

“Sekiranya ‘produk’ kita berjaya di sana (Portugal), tidak mustahil pemain-pemain lain akan menyusul mengikuti jejak Nazmi,” katanya.

Sementara itu, Nazmi berkata, dia akan memberikan aksi terbaik sepanjang menjalani sesi ujian pemilihan tersebut.

“Sudah tentu ia merupakan satu penghormatan apabila mereka berminat untuk menguji kebolehan saya.

“Saya akan berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan dapat memikat jurulatih kelab itu dan bersedia untuk menimba ilmu di Eropah,” ujarnya.

Nazmi akan berlepas ke Portugal Ahad ini dengan ditemani bapanya, Mansor Mustapha.

fazli.yadi@kosmo.com.my

Mat Zan pilih letak jawatan
TEKA-TEKI berkenaan masa depan Mat Zan Mat Aris bersama Terengganu akhirnya terjawab apabila ketua jurulatih Skuad Penyu itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan semalam.

Ia berkuat kuasa 1 Jun depan.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh selepas perbincangan dengan bekas jurulatih Pos Malaysia itu.

Terdahulu, PBSNT mengarahkan Mat Zan bercuti rehat selama dua minggu selepas menyaksikan Terengganu tewas kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir Piala FA.

Selepas Mat Zan direhatkan, penolongnya, Mohd. Khalid Dahan dilantik sebagai pengendali sementara dan dibantu oleh bekas penjaga gol Terengganu, Zuber Ibrahim yang bertindak sebagai pembantu jurulatih.

Mengulas lebih lanjut, Che Mat berkata, keputusan itu diambil atas dasar persefahaman serta persetujuan antara kedua-dua pihak tersebut.

“PBSNT mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Mat Zan kepada pasukan Terengganu selama ini.

“Mat Zan mengakui sedikit tertekan terutama selepas kegagalan layak ke final Piala FA.

“Justeru, Mat Zan percaya langkah yang diambilnya sebagai tepat demi mengembalikan prestasi cemerlang Terengganu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebelum berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Tambah Che Mat, kini terdapat beberapa individu yang berminat untuk membimbing skuad Terengganu.

Begitupun katanya, keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat PBSNT dalam masa terdekat.

“Ada beberapa calon yang berminat untuk membimbing pasukan Terengganu.

“Mereka terdiri daripada jurulatih yang berasal dari Korea Selatan dan juga Singapura.

“Malah, bekas jurulatih kebangsaan juga ada menyatakan minat mereka untuk menjadi jurulatih Terengganu.

“Begitupun, kami akan bermesyuarat terlebih dahulu dan mengenal pasti latar belakang jurulatih tersebut sebelum memutuskan jurulatih baharu yang bakal menggantikan Mat Zan pada Jun depan,” katanya.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

fazli.yadi@kosmo.com.my

Satu mata cukup buat Kelantan
KELANTAN hanya perlu mengutip satu mata sahaja apabila turun menentang Ayeyawady United dari Myanmar di Kota Bharu malam ini untuk melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Bagaimanapun, pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak tidak mahu anak-anak buahnya sekadar turun untuk mencari satu mata tersebut, sebaliknya mahu terus mempamerkan aksi sebenar pasukan.

“Kita akan cuba menang dalam semua perlawanan. Satu mata sepatutnya sudah mencukupi tetapi saya fikir jika anda bermain untuk seri mungkin anda akan tewas. Sudah tentu kita bermain untuk menang malam esok (malam ini).

“Kita sudah beraksi dalam 16 perlawanan dan hanya tewas sekali. Kita berada dalam momentum yang sangat baik ketika ini, satu lagi kemenangan malam esok (malam ini) mungkin menjadikan kita lebih baik,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar semalam.

Mengulas mengenai persediaan pasukan Kelantan, Bojan berkata, ia tidak berjalan dengan begitu lancar apabila sesi latihan kelmarin terganggu ekoran hujan lebat selain faktor keletihan ekoran jadual mereka yang agak padat.

“Menentang Lions XII tempoh hari kita sudah memberikan segala-galanya dan perlawanan malam esok (malam ini) juga memerlukan kita memberikan yang terbaik sekali lagi,” ujarnya.

Katanya, fokus Kelantan kini adalah untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super dan perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby FC pada 19 Mei ini dan tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk Piala AFC

“Mungkin kalau boleh saya katakan, pada dasarnya sasaran kita adalah Liga Super dan Piala FA. AFC bukan sasaran utama kerana kita menyertainya untuk mencari pengalaman, namun kita sudah berada di sini dan kita akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk terus meraih kemenangan,” jelasnya.

Kelantan kini sedang menerajui Kumpulan H dengan mengumpul 10 mata sambil diekori Navibank Saigon dan Ayeyawady United yang berkongsi tujuh mata, manakala Arema FC di tangga tercorot dengan empat mata.

Sementara itu, jurulatih Ayeyawady United, Josef Harel ternyata sudah dapat menggambarkan tentangan sengit yang bakal diterima pasukannya terutama Kelantan yang bakal disokong oleh puluhan ribu peminat mereka.

“Ia pastinya perlawanan yang sengit. Peluang kita di dalam Piala AFC ini cukup sempit tetapi kita bernasib baik kerana berjaya mendapat tujuh mata. Kita akan tengok apa yang berlaku malam esok (malam ini).

“Setiap perlawanan berbeza. Di Myanmar tempoh hari kita juga tidak menang dengan mudah.

“Kelantan adalah sebuah pasukan yang bagus kerana mereka mempunyai pemain yang berpengalaman tetapi kita akan cuba mendapatkan keputusan yang baik kali ini,” katanya.

Oleh KHAIRI MOHAMAD

khairi.mohamad@kosmo.com.my