pay per click Harimau Muda A diundang ke Slovakia lagi | Malaysia League 0n9


Harimau Muda A diundang ke Slovakia lagi

Posted by nazurinu | Malaysia Team | Friday 4 June 2010 10:24 pm

PETALING JAYA – Baru sahaja menjejak kaki ke Malaysia Selasa lalu, skuad Harimau Muda A yang menghabiskan masa selama tiga bulan di Slovakia ketika beraksi di Liga Divisyen 1 Bawah 21 tahun telah dijemput untuk beraksi semula ke liga tersebut bagi saingan musim 2010/2011,

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad laporan dari Persatuan Kelab-Kelab Liga (ULK) Slovakia telah diterima semalam berhubung prestasi Harimau Muda berserta jemputan menyertai liga itu semula musim depan.

“Laporan dari ULK Slovakia memberikan reaksi positif mengenai perkembangan dan pencapaian Harimau Muda A, dalam masa yang sama mereka menjemput secara rasmi skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah beraksi semula di sana,” katanya padang sidang akhbar di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, FAM masih belum memutuskan untuk menerima penawaran itu tetapi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan akan membawa perkara tersebut kepada Mesyuarat Majlis FAM secepat mungkin.

“Selepas ia dipersetujui Majlis FAM barulah keputusan dibuat, saya rasa perkara ini akan dibincangkan selewat-lewatnya hujung bulan ini, untuk mengetahui sama ada tawaran tersebut diterima atau tidak.

“Sekarang ini skuad Harimau Muda A sedang berehat sebelum memulakan latihan pusat di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok,” katanya.

Liga di Slovakia itu mempunyai dua tahap iaitu pada Julai hingga November selepas itu mereka akan berehat dan menyambung semula saingan untuk tahap seterusnya dari Februari hingga Mei.

1 Comment »

  1. Trackback by JAMES — July 1, 2010 @ 10:33 pm


    Pillspot.org. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. Low price pills. Buy pills online

    Buy:Nymphomax.Female Pink Viagra.Aricept.Zocor.Lipitor.Amoxicillin.Cozaar.Ventolin.Zetia.Lipothin.Advair.Seroquel.Buspar.Benicar.SleepWell.Prozac.Lasix.Wellbutrin SR.Acomplia.Female Cialis….

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme