UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Harimau Muda seri lagi, Felda belasah Sarawak 4-1

Posted by admin | Malaysia League | Saturday 16 January 2010 1:04 pm

HARIMAU Muda menyelamatkan diri buat kali kedua berturut-turut musim ini apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk seri 2-2 dengan Majlis Perbandaran Muar di Stadium Hang Tuah, malam tadi.

Bekas penyerang Pulau Pinang, Rosli Azizan kelihatan mahu mengaibkan skuad bawah 19 tahun kebangsaan dengan dua gol pada minit ke-25 dan 52, namun barisan Ong Kim Swee berjaya menyamakan kedudukan menerusi Aziq Zikri Alias pada minit ke-80 dan Amir Saidin tiga minit selepas itu.

Ia adalah keputusan seri kedua Harimau Muda dalam kempen Liga Perdana ini selepas mengikat Tentera 1-1, juga selepas ketinggalan.

Di Stadium Darulmakmur, tuan rumah, Shahzan Muda bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat Tentera 1-1.

Tentera mendahului pada minit ke-15 menerusi penyerang baru, V Saravanan namun Shahzan menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd Supian Heri, enam minit sebelum rehat.

Di Stadium Cheras, tuan rumah, Felda United tidak mensia-siakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk membelasah Sarawak 4-1.

Di Stadium MBPJ, PKNS tidak berdepan masalah untuk menewaskan Sabah 2-0.

Di Stadium MPS, Selayang, pendatang baru, Pos Malaysia mencipta kemenangan pertama musim ini dengan menjadikan Melaka sebagai mangsa, apabila menang 2-0.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Polis seri tanpa jaringan dengan satu lagi pasukan daripada Piala FAM, USM FC.

sumber Berita Harian Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment »

  1. Comment by abzzvcddzz — May 5, 2010 @ 8:49 pm

    JKnwl2 kmvfddhsmfay, [url=http://yzgcifjaifda.com/]yzgcifjaifda[/url], [link=http://eslxsuibevat.com/]eslxsuibevat[/link], http://wjpqpqrxvify.com/

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme