Jangan buat silap
“Sikap pemain yang kerap hilang fokus sememangnya merisaukan dan saya sudah mengingatkan mereka supaya tidak mengulangi lagi kesilapan seperti itu kerana ia akan membolehkan pemain lawan mengambil kesempatan untuk menghukum pasukan.
“Jadi saya minta pemain memberikan tumpuan kerana pertembungan dengan Kedah ini kerana ia menjanjikan cabaran sengit dan memerlukan komitmen tinggi daripada setiap pemain. Sebarang kesilapan akan memusnahkan impian meraih kemenangan,” katanya semalam.
Bekas pengendali kebangsaan itu berkata, Negeri Sembilan akan menurunkan barisan terbaik selepas semua pemain bebas daripada kecederaan dan pihaknya berharap barisan depan yang diterajui ayam tambatan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, dapat beraksi pada tahap keupayaan sebenar demi memastikan kemenangan pasukan.
Menurutnya, dalam masa sama pihaknya juga mahu pemain kedua-dua sayap S Kunalan dan Shahurain Abu Samah, dapat bertindak lebih agresif membantu Zaquan untuk merobek gawang Kedah nanti selepas prestasi mereka kurang membanggakan pada pertemuan dengan KL Plus tempohari.
Katanya, Negeri Sembilan perlu mengutip sebanyak mungkin mata bagi memudahkan tugas dan berada dalam kedudukan selamat memburu puncak carta sebelum saingan liga memasuki pusingan kedua.
“Saya amat berharap bukan saja Zaquan, tapi semua pemain dapat memberikan persembahan cemerlang dalam usaha kita untuk mengatasi Kedah dan membawa pulang tiga mata,” katanya.
Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
1 Comment »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI


TmmsbM jqtyiwshpgnc, [url=http://cbxofxuxcpof.com/]cbxofxuxcpof[/url], [link=http://mbpokukomlty.com/]mbpokukomlty[/link], http://tnftxggoxrtc.com/