UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

KBS bukan mahu ambil alih peranan FAM: Razali

Posted by admin | Malaysia Team | Tuesday 17 August 2010 10:17 pm

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tampil menjelaskan, semalam bahawa Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak ditubuhkan olehnya tidak bermaksud mengambil alih peranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebaliknya bekerjasama secara seiringan.

“Tidak timbul kekeliruan dan mengulangi peranan sama oleh jawatankuasa pembangunan ini. Demi kepentingan rakyat, kerjasama dijalinkan bersama FAM untuk menyelia program pembangunan,” kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pada mesyuarat jawatankuasa bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang diwakili ketua pengarahnya, Datuk Zolkples Embong manakala FAM diwakili setiausaha agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad di MSN, semalam.

Mesyuarat itu turut mengenal pasti tiga calon untuk menggalas tanggungjawab Pengarah Teknikal yang bakal merencanakan Tabung Pembangunan Bola Sepak bernilai RM10 juta itu namun perlu memastikan ketiga-tiga calon itu memahami tugasan skop mereka yang ditentukan pada mesyuarat itu, semalam.

“Kami akan melantik seorang pengarah teknikal dengan sekumpulan 14 jurulatih akar umbi dan jurulatih peringkat kebangsaan,” katanya.

Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments »

  1. Comment by windows live mobile free download — July 12, 2011 @ 3:30 pm

    Very interesting article. Your current web pages is promptly growing to be considered one of my top picks.

  2. Comment by sbo — July 14, 2011 @ 5:57 pm

    Nice and concise article, many things i never knew. . . We never know how much talent is devastated this way.

  3. Trackback by Khantelle — August 9, 2011 @ 7:58 pm

    Great One…

    I must say, its worth it! My link, http://www.pianetablog.com/?w=annie11,thanks haha…

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme