UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Kedudukan Sharbinee belum selamat

Posted by admin | Malaysia Team | Saturday 27 March 2010 2:23 pm

TEMPAT masih belum selamat buat Mohd Sharbinee Allawee Ramli untuk beraksi di Sukan Asia Guangzhou, November depan bersama skuad bola sepak kebangsaan meskipun penjaga gol itu mempunyai rekod baik sehingga diangkat sebagai wira tidak didendang ketika membantu negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 yang amat dinantikan selama 20 tahun.

Bagi Sharbinee, kejayaan pertama di peringkat antarabangsa di temasya dwitahunan itu kini hanyalah kenangan manis dan bukan jaminan untuknya terus berada dalam senarai utama skuad kendalian jurulatih K Rajagobal.
“Bagi saya peluang untuk berada dalam skuad ke Sukan Asia masih 50-50. Saya cukup masak dengan cara jurulatih (Rajagobal) memilih pemain, beliau hanya mahu pemain yang mempunyai prestasi di tahap terbaik. Kalau prestasi saya bagus sekarang tapi sebelum kejohanan prestasi saya merosot tak guna juga, jadi saya kena konsisten,” katanya yang dihubungi semalam.
Sharbinee yang kini mewakili Terengganu antara tiga penjaga gol termasuk Mohd Farizal Marlias dan Amir Omar Khata yang dipanggil Rajagobal bagi mengikuti latihan pusat bermula Isnin lalu.
Pemain kelahiran Pulau Duyong yang akan berusia 24 tahun pada 7 Disember tahun ini mula mendapat perhatian selepas beraksi cemerlang menggantikan Farizal pada Sukan Sea lalu.
Bagaimanapun, Sharbinee masih lagi dibayangi kehebatan rakan sepasukannya itu apabila Farizal menjadi pilihan Rajagobal dalam tiga perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan tahun ini sedangkan dia sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Saya yakin peluang untuk saya tetap ada tapi saya kena kekalkan prestasi sendiri dan bukannya berharap pemain lain tidak bermain bagus,” katanya yang menjadikan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina sebagai idola.
Sementara itu, pembatalan perlawanan persahabatan skuad kebangsaan dengan kelab Thailand BEC Tero Sasana di Bangkok hari ini ibarat rahmat buat Sharbinee yang diberi pelepasan pulang awal dari kem latihan Rajagobal untuk membolehkannya menyertai Terengganu berdepan Kedah Selasa ini bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA.

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment »

  1. Comment by mfpxrujnk — May 6, 2010 @ 1:41 am

    L8ZGn6 brimkmtwijiv, [url=http://akqchiwxbxhp.com/]akqchiwxbxhp[/url], [link=http://dvaijwkulqie.com/]dvaijwkulqie[/link], http://tyjoiihyrpdo.com/

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme