UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Konte, Balaban, calon ganti Mbele.

Posted by admin | Malaysia League | Friday 27 January 2012 7:27 pm

Selepas menamatkan kontrak penyerang import dari Congo, Lelo Mbele, Selangor pantas memulakan langkah mendapatkan penggantinya dengan dua penyerang dari Mali dan Croatia bakal diuji, minggu depan.

Dua pemain dimaksudkan itu ialah Amadou Konte, 31, dari Mali yang pernah beraksi bersama Cambridge United, Hibernian dan Al Hilal serta Bosko Balaban, 34, dari Croatia yang pernah menyarung jersi Dinamo Zagreb, Aston Villa dan FC Ingolstadt 04.

Bosko Balaban (kiri) dan Amadou Konte (kanan).

“Konte akan tiba esok (hari ini) manakala Balaban Sabtu (esok). Namun mereka tidak terus menjalani latihan kerana skuad Selangor ke Kuala Terengganu untuk bertemu T-Team (esok).

“Buat masa ini, hanya dua pemain ini akan diuji. Mungkin ada lagi akan datang sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain import pada 13 Februari depan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, semalam.

Namun Hamidin mengesahkan bahawa Selangor sudah membatalkan hasrat menguji penyerang kebangsaan Bosnia, Zlatan Muslimovic, 31, kerana pemain itu kini sedang menjalani ujian pemilihan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Sunderland.

Konte dan Balaban akan diuji apabila Selangor bertemu skuad Olimpik negara bimbingan Ong Kim Swee pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Selangor terpaksa menyingkirkan Mbele, 25, kerana bekas penyerang Orlando Pirates itu gagal pulih seperti diharapkan selepas menjalani pembedahan otot depan paha kiri, Julai lalu dan belum sempat diturunkan sepanjang empat aksi Liga Super setakat ini.

Sumber: Berita Harian ditulis oleh Wan Fakhrul Wan Bakar

http://gergasimerah.wordpress.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme