UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Misi tebus maruah di Sukan Asia

Posted by admin | Malaysia Team | Wednesday 25 August 2010 9:46 pm

PETALING JAYA – Kenangan pahit skuad bola sepak empat tahun lalu di Sukan Asia Doha, masih sukar untuk dilupakan oleh kebanyakan pemain dan peminat bola sepak Malaysia.

Dalam aksi di Sukan Asia itu, skuad bawah 23 negara yang dibimbing oleh Norizan Bakar, tewas 1-3 kepada Oman dan China sebelum dimalukan 0-4 oleh Iraq dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Daripada senarai pemain, hanya tinggal Safiq Rahim, Khyril Muhymeen dan Norshahrul Idlan Talaha yang masih kekal dalam persiapan skuad Malaysia ke Sukan Asia 2010 Guangzhou pada November ini.

Berbeza dengan empat tahun lalu, pengalaman mereka bertiga bakal menjadi sandaran utama skuad kebangsaan kali ini, tambahan pula Safiq dan Khyril beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Sehubungan itu, pada Sukan Asia di New Delhi pada Oktober ini, mereka berhasrat melakarkan sesuatu yang lebih bermakna, bagi menebus kembali maruah bola sepak negara di persada bola sepak Asia.

Bagi Safiq, yang juga merupakan pemain Selangor, dia melihat skuad negara kali ini akan hadir dengan pakej berbeza, daripada segi kekuatan dan keserasian pemain.

”Prestasi yang ada dalam skuad ini nampaknya semakin baik, jika hendak dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain, kekuatan kita sebenarnya tidak ketinggalan jauh.

”Empat tahun lalu, saya masih cetek pengalaman memandangkan baru berusia 19 tahun pada waktu itu. Kali ini, berdasarkan pengalaman yang ada, saya yakin dapat membantu skuad negara dan tidak lagi menerima aib seperti tahun 2006,” katanya yang ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, baru-baru ini.

Sementara itu, bintang Kedah, Khyril, berkata, dia berharap skuad negara mampu memenangi perlawanan pertama di peringkat kumpulan bagi mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

”Saya harap dapat membawa Malaysia mara ke peringkat suku akhir, itu sasaran peribadi saya.

”Kebanyakan pemain dalam skuad bimbingan K. Rajagobal sudah lama bersama dan diharapkan ia dapat membantu. Saya juga yakin pengalaman di Doha boleh membantu rakan-rakan yang lain,” katanya.

Seorang lagi pemain, Norshahrul yang sudah berusia 24 tahun, mahu meneruskan rentak konsisten supaya namanya tidak tercicir dalam senarai perancangan Rajagobal, memandangkan kuota pemain berusia 23 tahun ke atas hanya dihadkan kepada tiga nama.

”Walaupun saya kerap dipanggil oleh jurulatih, namun itu bukan memberikan petanda bahawa saya akan dipilih dalam senarai ke Sukan Asia. Saya tetap akan cuba memperbaiki persembahan saya dari semasa ke semasa.

”Saya juga pernah beraksi dalam dua perlawanan di Sukan Asia, jadi ia mungkin boleh membantu Rajagobal dalam melakukan perancangan taktikal.

”Kami juga semakin tidak gentar untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan dari Timur Tengah seperti Jordan, Syria, Arab Saudi dan Uzbezkistan, kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini,” katanya.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Comments »

  1. Trackback by Richelle — June 13, 2011 @ 12:52 pm

    hello…

    really good article. Ready to hear more next week,my blog http://www.writernia.com/node/84062 Many Thanks….

  2. Trackback by Benzing — June 17, 2011 @ 12:51 am

    really good article…

    I have spent a bit of time going through your posts, more than I should have but I must say, its worth it! http://shaw071.blogetery.com/wp-admin/index.php? many Thanks….

  3. Trackback by Gander — June 20, 2011 @ 12:15 pm

    hello…

    Hi there just quality post! http://miranda.sunteu.ro/ ,i had a good read.thank you for your article,My problem continues to be resolved….

  4. Trackback by Eugenie — June 21, 2011 @ 10:36 pm

    Great…

    You did a great job! http://denisse.meinblog.at/...

  5. Trackback by kander — June 22, 2011 @ 1:44 pm

    Great…

    You did a great job! http://cynthi.bloges.org/1308325293/...

  6. Trackback by Frederic — June 26, 2011 @ 11:50 am

    quality post…

    I have spent a bit of time going through your posts! http://denna.pimpblog.nl/54291/Raoul%3A+adorableness+in+totality.html ,i had a good read….

  7. Comment by Wholesale Burberry Handbags — June 30, 2011 @ 9:03 pm

    Hi there, I ethically like reading your posts, offer you!

  8. Comment by a good credit card — July 9, 2011 @ 8:07 am

    Recently, I did not give so much thought to writing comments on weblog entries and have left comments even less. Checking out your powerful content, may very well encourage me to do this often.

  9. Comment by Jose Bautista Jersey — July 11, 2011 @ 10:10 pm

    I assume from your blog all the metre and I honest contemplating I’d disclose keep up the proper work!

  10. Trackback by Hehmer — July 18, 2011 @ 10:37 pm

    Great One…

    I must say, its worth it! My link!http://duffy071.fotopages.com ,thanks haha…

  11. Trackback by FadWinett — August 9, 2011 @ 12:16 pm

    Great…

    love your blog, http://emerald.bleublog.lematin.ch ,Thanks again….

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme