UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Real hampir ke Malaysia

Posted by admin | Malaysia Team | Friday 4 June 2010 10:26 pm

PETALING JAYA – Usaha untuk membawa gergasi bola sepak Eropah, Real Madrid hampir menjadi kenyataan, dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya perlu mengatasi halangan terakhir, kewangan.

FAM secara prinsip sudah bersetuju untuk membawa juara Eropah lima kali itu ke Malaysia kerana tidak mahu mengecewakan peminat tempatan dan peluang terbaik pasukan kebangsaan didedahkan dengan perlawanan kompetitif.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Real Madrid dijangka akan membuat siri jelajah Asia, termasuk di Malaysia dari 14-21 Ogos.

Jika kehadiran Real menjadi kenyataan, peminat bola sepak Malaysia berpeluang menyaksikan aksi bintang ternama dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, Karim Benzema, Gonzalo Higuain, Iker Casillas dan ramai lagi.

Malah, seandainya Real beraksi di Malaysia, perlawanan dijangka perlawanan lewat malam kerana perlawanan akan diadakan ketika umat Islam sedang menyambut ibadah puasa.

“Kami akan berusaha menjadikan perkara ini menjadi kenyataan dan mengharapkan dapat menggunakan gelanggang utama, Stadium Nasional Bukit Jalil bagi pertemuan Malaysia menentang Real Madrid,” katanya dalam sidang media di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, secara prinsip memang FAM sudah bersetuju untuk membawa Real Madrid datang ke Malaysia, bagaimanapun perbincangan secara terperinci harus diteruskan memandangkan kos untuk membawa kelab tersebut sangat tinggi.

“FAM masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini kerana perlu melihat dengan lebih terperinci terutama sekali dari soal kewangan, bagaimanapun kami memang amat bersetuju untuk membawa pasukan bimbingan Jose Mourinho itu ke Malaysia.

“Dalam masa yang sama juga kami juga telah berhubung dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menangguhkan pembaikan trek di Stadium Nasional Bukit Jalil yang dijadualkan bermula bulan ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai kedatangan Cardiff City ke Malaysia Azzuddin mengesahkan pasukan Liga Kejuaraan itu akan mengadakan dua perlawanan persahabatan melibatkan pasukan utama dan juga pasukan remaja.

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme