UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Red Warriors, Lions XII terima kejutan

Posted by admin | Malaysia League | Wednesday 11 July 2012 10:00 pm

Kelantan dan Lions XII yang masing-masing sudah sah bergelar juara dan naib juara menerima kejutan apabila kecundang kepada lawan mereka pada aksi kedua terakhir Liga Super, malam tadi.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team yang melayan kunjungan Lions XII lebih dulu di depan menerusi rembatan pemain sayap Azrul Azran pada minit kelima.

Namun, kesilapan pertahanan Rosdi Talib mengeluarkan bola dalam kotak penalti terkena rakan sepasukan Bojan Patric sebelum bola meleret ke gawang sendiri untuk gol penyamaan pelawat pada minit ke-24.
Rosdi bagaimanapun menebus kesilapan apabila menjaringkan penalti pada minit ke-71 untuk gol kemenangan T-Team untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Di Stadium Pasir Gudang, Johor FC mencatat kemenangan 2-0 ke atas Terengganu, manakala FELDA United menewaskan Kelantan dengan jaringan 1-0 di Stadium Hang Jebat, sekali gus FELDA United dan Johor FC masing-masing mengukuhkan kedudukan untuk mengelak saingan play-off.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal mengambil kesempatan daripada kekalahan Terengganu untuk memperbaiki kedudukan apabila sekadar seri 1-1 dengan Kuala Lumpur. Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Shakir Ali pada minit ke-53, manakala jaringan penyamaan pelawat dihasilkan oleh Pritam Singah dua minit sebelum permainan tamat.

Di Stadium Negeri Kuching, Sarawak dan PKNS juga sekadar berkongsi mata apabila terikat 0-0.

Oleh Rizar Mohd Noor, Mohd Amin Jamil, Nazri Abu Bakar dan Faizul Azlan Razak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

soccerine Wordpress Theme