Selangor bangkit bergaya
KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Selangor cemas seketika sebelum bangkit mengatasi Perak 4-1 di Stadium Shah Alam, semalam.
Pemain skuad Seladang, Nazri Khalid mencuri tumpuan apabila mengejutkan Selangor 1-0, selepas bijak memperdayakan Khairul Anuar Baharom sebelum menewaskan penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhaimi pada minit ke-35.
Tersentak dengan jaringan itu, Selangor memperkemaskan serangan dan Safee Sali mendapatkan gol penyamaan tiga minit kemudian, hasil tujahan kaki kiri selepas menerima hantaran Amirulhadi Zainal.
Tanda kemenangan Selangor kian jelas, apabila Safiq Rahim melakukan rembatan lencong yang menerjah gawang Perak untuk kedudukan 2-1 pada minit ke-78.
R. Surendran menjaringkan dua gol pada minit ke-84 hasil sepakan penalti dan melalui tandukan pada minit ke-88 setelah memperolehi umpanan Amirulhadi.
Kemenangan itu melebarkan kelebihan Selangor di tangga teratas liga kepada enam mata ke atas pencabar terdekat, Terengganu.
Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana, pendahulu, Felda United akhirnya tewas buat kali pertama musim ini kepada ATM 0-1 di Stadium MP Selayang.
Namun, Felda masih kekal di tangga teratas dengan 25 mata.
Di Stadium Sarawak, pasukan tuan rumah Sarawak mengalahkan Melaka 5-3.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, USM FC berjaya keluar dari kedudukan tercorot selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Shahzan Muda.
Mohd. Afzan Zainal Abidin muncul wira USM dengan dua gol pada minit ke-16 dan ke-41. Satu lagi gol USM dijaringkan oleh Rohaizat Mat Ali pada minit ke-31 melalui sepakan penalti.
Gol Shahzan pula dijaringkan Eswandi Mokhtar serta Nik Shahrul Anizan Mohd pada minit ke-59 dan ke-69.
Dalam lain-lain perlawanan, Sabah menang tipis 1-0 ke atas Pos Malaysia di Stadium Likas dan naik ke tangga keempat liga, memintas kedudukan Harimau Muda.
PDRM menang 3-2 ke atas MP Muar di Stadium Larkin.
utusan malaysia
2 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI


6VMp0K kunitwgpyffk, [url=http://xvqgdyjcfawn.com/]xvqgdyjcfawn[/url], [link=http://nuvpzhxajwbo.com/]nuvpzhxajwbo[/link], http://kqyoagwxdagj.com/
Fantastic job here. I really enjoyed what you had to say. Keep heading because you unquestionably bring a new voice to this subject. Not many people would say what youve said and still make it interesting. Nicely, at least Im interested. Cant wait to see much more of this from you.