Selangor kukuh cengkaman
![]() |
|
Penyerang Selangor, Liew Kit Kong (kanan) cuba melepasi halangan pertahanan Johor, Mohd. Radzi Jasman pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, Johor Bahru semalam. Selangor menang 2-1.
|
KUALA LUMPUR – Baik di gelanggang sendiri mahu pun lawan, Selangor terus hebat memburu kejuaraan Liga Super apabila memungut tiga mata selepas menewaskan Johor 1-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.
Pasukan bimbingan K. Devan memperoleh gol pertama melalui ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-29, sebelum pemain tengah, Safiq Rahim menambah gol kedua pada minit ke-59.
Gol sagu hati Johor disumbangkan L. Ragesh melalui sepakan penalti pada minit ke-71.
Pencabar terdekat, Kelantan turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV selepas pemain penyerang Mohd. Norfarhan Mohamad memecah kebuntuan pada minit ke-47, diikuti jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-90.
Selangor terus selesa dengan kelebihan lapan mata mengatasi Kelantan apabila mengumpul 53 mata.
Di Stadium Darulmakmur, Pahang mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-62.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu dan Negeri Sembilan berkongsi mata selepas terikat 1-1.
Skuad Rusa di depan seawal minit ketiga melalui Abdul Halim Zainal, sebelum Ronny Harun menyamakan kedudukan pada minit ke-52.
Perlis pula gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada T-Team di Stadium Utama.
Penyerang pasukan pelawat, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus terikat 1-1 dengan Johor FC, manakala Kedah dan Pulau Pinang, yang bertemu di Stadium Darul Aman juga mencatat keputusan seri tanpa sebarang jaringan.
by utusan online
3 Comments »
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI



Thank you so much for such a nice and complete information mostely blogger provide uncomplete information which i found here after half hour browsing. Thank you so much.
Cool. Your blog looks great, and I’m glad i’ve found something here worth adding to my favorites.
Great One…
I must say, its worth it! My link, http://blogs.flooringtodayonline.com/caroline11/,thanks haha…