MALAYSIA LEAGUE ONLINE » Info Bola

Khairul Fahmi pasang ”BODYGUARD”
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

“Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

“Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.

Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

“Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

“Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

“Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

“Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

‘Rasuah bola sepak memalukan’
ISU pembabitan rasuah 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak musim lepas adalah perkara yang amat memalukan.

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam.

Sambil mengalu-alukan langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendedahkan perkara itu kelmarin, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.

“Kita perlu mencari faktor atau punca kenapa berlaku perkara ini (rasuah bola sepak) dan saya akan mengarahkan pihak-pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia di Stadium Titiwangsa, di ibu negara semalam.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Zainal Abu Zarin dan Presiden Powerlifting Para Malaysia, Kamaruzaman Kadir.

Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas pendedahan FAM kelmarin mengenai 18 pemain Piala Presiden dan seorang jurulatih bola sepak yang dikenalpasti terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pemain berkenaan ialah enam pemain Piala Presiden dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam).

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan berkata, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

Ahmad Shabery berkata, beberapa faktor seperti kelemahan kewangan serta pengurusan persatuan bola sepak negeri dan kelab perlu dikaji kerana ia boleh dikaitkan sebagai punca penyebab gejala tidak sihat itu masih berlaku dalam liga bola sepak tempatan.

Skandal rasuah pernah menggegarkan sejarah bola sepak negara pada tahun 1994 dan 1995 yang melibatkan lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana.

Sementara itu, kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia anjuran Persatuan Powerlifting Para Malaysia dengan kerjasama MPM itu berlangsung selama lima hari mulai semalam dan disertai 15 negara seperti Chile, United Kingdom, Iran, Kazakhstan, Korea Selatan dan Malaysia selaku tuan rumah.

Kejohanan yang disokong oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) itu merupakan satu daripada dua kejohanan powerlifting terakhir yang menawarkan mata untuk meraih tempat ke Sukan Paralimpik di London, Ogos depan.

KOSMO ONLINE

Jutawan bola sepak negara
Masa depan penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya FC terjawab semalam.Seperti dijangka, pemain kelahiran Kajang, Selangor itu secara rasmi menyambung kontrak selama dua tahun lagi dengan kelab tersebut.

Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC.

Nilai kontrak baharu itu bertambah sekali ganda berbanding kontraknya sebelum ini yang berakhir kelmarin (31 Januari 2012).

Pengumuman mengenai lanjutan kontrak Safee dibuat oleh Pelita Jaya FC di Jakarta semalam pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Besar Pasukan, Iwan Budianto, Pengurus Pasukan, Lalu Mara dan Safee sendiri.

Pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, dalam kontrak baharu itu, Safee juga akan menerima pakej tambahan image rights di mana pihak kelab akan mengusahakan untuk Safee mendapat commercial endorsement bagi pelbagai produk di seluruh Indonesia daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran.

Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan.

Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,” kata Zakaria.

Beliau berkata, Safee juga dilantik sebagai Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia dan Akademi Sepak Bola milik Pelita Jaya, di mana pengurusan Safee sedang berbincang untuk pemberian saham pemilikan akademi itu demi masa depan Safee.

“Akademi ini sudah mempunyai 600 pelajar di Jakarta sahaja dan mempunyai cawangan di daerah lain di Indonesia. Kelab juga bersedia untuk membantu Safee memulakan perniagaan di Indonesia apabila beliau tamat bermain dengan Pelita Jaya atau menamatkan karier profesionalnya nanti,” kata Zakaria.

Pengurus Safee itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus bermain dengan Pelita Jaya adalah satu keputusan yang telah diteliti semasak-masaknya setelah mengambil kira pelbagai aspek dan risiko.

Selain Pelita Jaya, Safee juga mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand, empat pasukan dari Malaysia antaranya Kelantan, Negeri Sembilan, Johor FC dan Johor selain pasukan Selangor yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali ke pangkuan mereka.

Safee juga mendapat tawaran daripada pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun terlebih dahulu.

Selain itu Safee juga pernah mendapat tawaran untuk menjalani ujian bersama lima kelab di Jerman antaranya Eintract Frankfurt, SG Dynamo Dresden, namun, atas faktor kecederaan dan mengutamakan persiapan pasukan kebangsaan untuk memulakan kempen Pra Piala Dunia 2011 pada ketika itu, Safee terpaksa melupakan peluang keemasan itu, walaupun masih menyimpan cita-cita untuk bersama salah satu kelab di Eropah satu hari nanti.

KOSMO ONLINE

Pelita Jaya tawar Safee gaji RM118,000
Seandainya Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab Pelita Jaya, pemain berkenaan bakal menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan.

Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

Spekulasi mengenai mengenai ganjaran berkenaan serta persetujuan pemain berusia 27 tahun itu untuk terus bersama Pelita Jaya bagi tempoh dua tahun akan datang dilaporkan oleh akhbar tempatan, Warta Kota.

Atas kertas, kontrak Safee selama setahun dengan kelab Pelita Jaya berakhir semalam (31 Januari).

Menjawab spekulasi itu, pengurus Safee, Zakaria Rahim berkata, segala tanda tanya mengenai kedudukan penyerang sensasi negara akan diumumkan kepada media hari ini.

Menurut Zakaria, persoalan mengenai sama ada Safee berminat menyambung kontrak dengan Pelita Jaya serta tawaran lumayan itu akan dijelaskan pada sidang media itu.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan atau mengiakan bahawa jumlah gaji lumayan itu telah ditawarkan oleh Pelita Jaya buat Safee.

“Saya serahkan kepada media untuk membuat spekulasi Safee bakal dibayar Rupiah 350 juta jika bersama Pelita Jaya.

“Kalau sekalipun dibayar dengan gaji sedemikian, saya fikir itu merupakan satu penghormatan buat Safee kerana ia seiring dengan kualiti beliau sebagai pemain bola sepak asing di Indonesia,” kata Zakaria kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, semalam.

Selain Pelita Jaya yang mahu mengekalkan khidmat Safee, pemain itu juga dipancing empat pasukan Liga Malaysia iaitu dua dari selatan tanah air, satu dari pantai Timur dan satu lagi di Lembah Klang.

Tidak ketinggalan, Safee turut diintai kelab dari Thailand, Muangthong United FC.

Pelita Jaya difahamkan sangat berminat untuk mengekalkan Safee berikutan potensi penyerang itu boleh membantu memperkukuhkan kedudukan kelab berkenaan dalam Liga Super Indonesia.

Menurut Zakaria lagi, bukan mudah untuk Safee membuat keputusan mengenai masa depannya itu kerana banyak pertimbangan yang harus dilakukan terlebih dahulu.

Safee bagaimanapun, jelas Zakaria, sudah begitu selesa dengan kedudukannya di Pelita Jaya selain semakin gembira dengan kehidupan di Jakarta.

Kata Zakaria, Safee juga sudah memiliki hubungan yang baik dengan pemain-pemain sepasukan serta sangat disenangi di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di Jakarta.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi pula berkata, beliau akan menjawab semua tanda tanya itu hari ini.

“Jemput datang ke sidang media hari ini. Saya akan jawab semua soalan yang selama ini menjadi tanya tanya ramai,” jelas pemain kebangsaan itu lagi. - Utusan

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

saharudin.musthafa@utusan.com.my

Cardiff City banggakan Malaysia
Kejayaan Cardiff City mara ke perlawanan akhir Piala Liga semalam turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menganggap ia satu kebanggaan buat negara.

Kelab dari Wales itu yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Liga selepas menumpaskan Crystal Palace menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir kedua.

Menurutnya, selain dimiliki oleh ahli perniagaan dari Malaysia, kelab yang beraksi di divisyen satu di England itu turut memakai jersi yang tertera nama negara dan ia layak untuk disebutkan sebagai satu sejarah.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini, kita juga masih mempunyai dua kelab di Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers dan Aston Villa di mana pada jersi kedua-dua pasukan tersebut mempunyai kaitan dengan Malaysia,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Simulasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam.

Jelasnya, kejayaan tersebut bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi turut menjadi bualan di peringkat antarabangsa.

Kelab yang terkenal dengan nama jolokan Bluebirds itu layak ke saingan akhir buat pertama kali dan pernah muncul juara Piala FA pada 1927 serta dua kali meraih gelaran naib juara pada 1925 dan 2008.AFP

UTUSAN MALAYSIA

Nazmi ke Cardiff City?
Pemain muda berbakat, Nazmi Faiz Mansor dikaitkan dengan kelab Wales, Cardiff City yang dikatakan berminat menawarkan tempat selama setahun kepada pemain itu bagi tujuan latihan dan pendedahan.

Menurut laporan www. walesonline.co.uk, pemain tengah berusia 17 tahun itu dilihat prospek terbaik kerana usianya yang masih muda berbanding dua pemain senior, Safee Sali, 27 dan Safiq Rahim, 24.

Skuad Bluebirds sebelum ini memberi peluang kepada penyerang kebangsaan, Safee dan ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq mengikuti latihan bersama para pemainnya selama beberapa minggu.

Namun, Faiz dilihat calon yang lebih sesuai untuk mengikuti program penuh kelab tersebut memandangkan usianya yang masih muda dan memiliki tempoh yang panjang untuk dibentuk gaya permainannya.

Bos Bluebirds, Malky Mackay yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini dikhabarkan mengadakan perundingan untuk membawa Nazmi menyertai kelab itu selama setahun.

Mackay percaya mana-mana pemain Malaysia yang menyimpan hasrat untuk bermain di Britain memerlukan masa yang agak panjang bagi menyesuaikan dengan gaya permainan di sana.

“Safee berjaya menyesuaikan diri dengan latihan bersama pasukan utama Cardiff, begitu juga Safiq, walaupun dia bertubuh kecil, tetapi dia memiliki bakat semula jadi.

“Gaya permainan di United Kingdom lebih laju dan seseorang pemain perlu memiliki fizikal yang kuat dan Safee berjaya melakukannya.

“Bagaimanapun, pemain memerlukan tempoh beberapa tahun untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak kami dan perlu belajar tentang aspek fizikal, pemakanan serta kecergasan. Pemain muda lebih baik,” kata Mackay.

Selain Nazmi, jurulatih Malaysia skuad bawah 23 tahun, Ong Kim Swee turut diberi peluang untuk mendapat pendedahan bersama Cardiff.

Namun disebabkan komitmen bersama Harimau Muda dia tidak dapat memenuhi tawaran tersebut.

UTUSAN MALAYSIA

Khairul, Fadhli jalani latihan di Eropah
DUA pemain utama skuad juara Sukan Sea Indonesia 2011, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Fadhli Shas antara pemain yang berada dalam perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dihantar menjalani latihan dan ujian percubaan di Eropah.

Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal berkata, rancangan itu bukan hanya membabitkan kerjasama dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City saja sebaliknya dengan kelab lain di luar negara.

“FAM merancang menghantar beberapa pemain dan jurulatih menimba pengalaman di Eropah,” kata Subahan pada majlis perasmian 1Malaysia Cardiff City (1MCC) Logo and Social Media Platform, semalam.

Sebelum ini pemain Malaysia sudah beberapa kali menguji nasib di luar negara termasuk penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali dan kapten, Safiq Rahim bersama Cardiff City tahun lalu.

Jika dinilai berdasarkan prestasi pemain, penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi dan pertahanan tengah, Fadhli yang disenaraikan dalam skuad pilihan bawah 23 tahun Asia 2011 oleh laman web goal.com adalah pemain pilihan yang sesuai untuk diberi peluang selepas ini.

Subahan yang juga pengurus pasukan skuad kebangsaan percaya, selain pemain muda, jurulatih juga harus diberi peluang dan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing.

“Kami bukan hanya melihat Cardiff sebagai destinasi pilihan, namun kelab lain juga. Kami mempunyai rancangan menghantar jurulatih menjalani latihan di Manchester United.

“Kami juga bercadang menghantar pemain muda kerana kita mempunyai pemain yang bagus ketika ini. Khairul Fahmi dan Fadhli adalah pemain yang berada dalam perancangan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cardiff City Football Club (CFFC) dan 1MCC, Datuk Chan Tien Ghee berkata, mereka bersedia berkongsi kepakaran membangunkan bola sepak Malaysia menerusi program pembangunan di peringkat akar umbi.

“Malaysia mempunyai ramai pemain bola sepak berbakat. Menerusi program bola sepak kelab profesional Cardiff, kami mempunyai struktur yang bagus untuk dikongsi bersama Malaysia,” kata Tien Ghee.

SUMBER HARIAN METRO

Galatasaray minat dengan Safee?
TEKA-TEKI mengenai masa depan peledak berbisa Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bersama kelabnya, Pelita Jaya hanya akan diketahui selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Pengurus peribadinya, Zakaria Ab. Rahim memberitahu, setakat ini masih belum ada kata putus mengenai lanjutan kontrak Safee bersama Pelita Jaya sebaik kontraknya tamat pada 31 Januari ini.

“Kita tunggu penghujung bulan ini. Saya akan ke sana (Indonesia) sekali lagi bagi mengadakan perbincangan lanjut bersama Pelita Jaya berhubung kontrak Safee selepas perbincangan sebelum ini masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Pelita Jaya yang mahu menawarkan kontrak lanjutan selama tiga tahun bagi terus mendapatkan khidmat Safee selepas ini.

Ia begitupun kurang dipersetujui kapten Pelita Jaya itu atas alasan ‘terlalu lama’ yang dikhuatiri bakal membuatkan persembahannya kekal statik tanpa sebarang peningkatan.

Selain turut diintai juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United, Safee menerusi laporan akhbar semalam juga mengakui telah dilamar oleh tiga kelab ternama Eropah.

Safee begitupun enggan mendedahkan nama ketiga- tiga kelab tersebut atas alasan ia sekadar tawaran secara lisan dan masih belum ada sebarang persembahan rasmi dibuat setakat ini.

Difahamkan, ketiga-tiga kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Safee ialah kelab dari Turki, Galatasaray, Panathinaikos FC (Greece) dan juga kelab Perancis, Paris Saint Germain yang baru sahaja mendapat sentuhan bekas pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti baru-baru ini.

Zakaria begitupun enggan mengesahkan spekulasi tersebut yang ketika ini begitu rancak diperkatakan oleh peminat bola sepak tempatan di laman blog dan juga Facebook.

“No comment, masih terlalu awal untuk mengumumkan nama ketiga-tiga kelab tersebut. Buat masa ini, Safee masih pemain Pelita Jaya,” katanya ringkas.

Safee yang telah meledak lima gol sepanjang saingan Liga Super Indonesia (ISL) musim ini merupakan penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, selain merupakan satu-satunya pemain dari Asia Tenggara yang berada dalam senarai 10 penjaring terbanyak ISL.

Pelita Jaya yang menduduki tangga keenam ISL dengan mengumpul 11 mata bakal berdepan cabaran pasukan di tangga kelapan, Mitra Kutai Kartanegara FC di Kalimantan hari ini.

Ketika ditanya mengenai sasaran peribadi Safee untuk mengatasi rekod tujuh gol yang diledaknya bersama Pelita Jaya musim lalu, kata Zakaria:

“Safee tidak meletakkan sebarang sasaran musim ini, sebaliknya berazam untuk mencetak gol setiap kali turun beraksi.”

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

hidayat.azmie@kosmo.com.my

Safee dilamar 3 kelab Eropah
JAKARTA – Kalau sebelum ini, pasukan juara Liga Thailand 2010, Muang Thong United berminat untuk mendapatkan khidmat Safee Sali, tawaran terbaru yang diterima pemain itu pasti akan melakar satu lagi sejarah baru buatnya.

Safee mengesahkan dia kini diintai pula oleh tiga kelab bola sepak ternama dari Eropah yang sudah menghubungi pengurusannya menyatakan minat melamarnya.

Biarpun enggan mendedahkan nama ketiga-tiga kelab bola sepak dari Eropah itu, namun, Safee secara peribadi mengakui, bersedia untuk berhijrah ke gelanggang lebih besar seandainya tawaran itu direalisasikan.

“Saya mengaku ada menerima tawaran dari tiga kelab Eropah baru-baru ini. Tawaran itu menyatakan minat untuk menawarkan saya peluang bermain di sana.

“Namun, saya belum bersedia untuk mengumumkan nama-nama kelab berkenaan kerana semuanya terlalu awal. Lagipun ia sekadar tawaran secara lisan,” kata Safee kepada Utusan Malaysiaketika dihubungi dari Kalimantan, Indonesia, semalam.

Safee dan pasukannya, Pelita Jaya kini berada di Kalimantan untuk menentang pasukan Mitra Kukar pada 17 Januari ini.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, ketika mendengar khabar lamaran berkenaan, dia amat terkejut kerana tidak menyangka ada kelab sejauh dari Eropah yang mengikuti perkembangan kerjayanya.

Tawaran ini juga disifatkan Safee sebagai satu penghormatan bukan saja buat dirinya bahkan apa yang paling utama ia satu penghargaan buat Malaysia.

“Saya menerima tawaran ini dengan penuh kesyukuran. Tapi seperti yang saya katakan ia sekadar tawaran lisan, belum ada sebarang perbincangan lanjut. Semuanya terlalu awal untuk diumumkan,” jelas Safee.

Sehubungan itu, dalam tempoh terdekat pengurusan Safee dijangka mengadakan perbincangan lanjut dengan kelab-kelab berkenaan.

Safee yang kini menggalas tugas sebagai kapten Pelita Jaya berkata, apa yang baik untuk kerjaya bola sepaknya diterima beliau dengan lapang dada.

Kalau tidak ada rezekinya dengan kelab Eropah, Safee masih bersyukur dengan kedudukan sekarang.

“Siapa yang tidak mahu bermain dengan kelab Eropah? Tentunya itulah impian setiap pemain. Kalau sudah tertulis rezeki saya, pasti saya bersedia untuk berhijrah. Kalau tidak sekalipun, saya akan terus bermain di sini (Pelita Jaya),” ujar Safee yang mengakui masih terkejut dengan tawaran itu.

Prestasi Safee dengan Pelita Jaya amat membanggakan apabila dia diberi tanggungjawab mengetuai kelab itu sebagai kapten biarpun kontraknya dengan kelab berkenaan akan berkahir hujung bulan ini.

Kata Safee, selepas setahun bersama Pelita Jaya, dia semakin berasa selesa dengan kelab berkenaan. – Utusan

Oleh Saharudin Musthafa

Juara Thailand minat Safee
Ketika karier Safee Sali di Pelita Jaya masih samar ekoran status Liga Super Indonesia (ISL) yang masih belum mendapat kata putus, juara liga Thailand 2010, Muang Thong United mungkin menjadi pilihan terbaru buat Safee Sali jika mahu meneruskan kariernya di luar negara.

Menurut pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, dia dihubungi wakil Muang Thong yang cukup berminat mahu mendapatkan penyerang Harimau Malaya itu.

“Kelab Muang Thong ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safee cuma ia hanya secara lisan dan belum ada tawaran secara rasmi.

“Sebenarnya perbincangan ini sudah lama berlangsung termasuk mengenai gaji dan nilai kontrak yang akan ditawarkan kepada Safee, cuma ia belum melangkah ke tahap serius.

“Jika mereka mengemukakan tawaran rasmi, saya mahu tengok dahulu bila pintu perpindahan pemain akan dibuka supaya Safee tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bermain, ” kata Zakaria ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, Muang Thong menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan mara ke saingan suku akhir Piala AFC.

Bertambah menarik, Safee mungkin bergandingan dengan bekas bintang Liverpool dan England, Robbie Fowler yang merupakan pengurus, merangkap pemain selain diperkuatkan tiga pemain import dari Ivory Coast.

Liga Thailand membenarkan penggunaan lima pemain import bagi setiap pasukan. Buat masa kini, Muang Thong hanya diperkuatkan empat pemain import dan masih ada satu kekosongan buat bekas pemain Selangor itu jika berminat berhijrah ke sana.

Salah sebuah majalah bola sepak Thailand mendedahkan Muang Thong berminat menjadikan Safee sebagai pengganti bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) ,Zesh Rahman dari Pakistan.

Mengenai isu terkini ISL, Zakaria berkata, tiada sebarang keputusan dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap status beberapa kelab ISL walaupun diberi tempoh sehingga 10 Januari untuk menyertai Liga Perdana Indonesia (IPL).

“Tiada sebarang tindakan oleh PSSI selepas tarikh yang diberikan dan saya yakin kemelut di ISL boleh diselesaikan tanpa menjejaskan karier Safee di Pelita, ” katanya.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

dayne.ghazali@utusan.com.my