MALAYSIA LEAGUE ONLINE » Liga Perdana

Dua import Rusia idaman skuad Tok Gajah
Sekian lama bersabar dengan persembahan kelas ketiga bintang importnya, Nana Yaw Agyei, akhirnya jurulatih Pahang, Dollah Salleh, memberi bayangan kontrak pemain import Ghana itu berkemungkinan besar akan ditamatkan lebih awal.

Jelas Dollah, dia akan memberi peluang terakhir kepada Nana untuk menyerlah menjelang pertemuan dengan Johor di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Selasa ini dan jika masih gagal, Nana boleh mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Tok Gajah.

”Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan, kami mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya lebih awal jika gagal menyerlah dalam perlawanan menentang Johor (esok).

”Saya akan berjumpa dengan Nana dan ejennya kerana jika kami mahu menamatkan kontraknya, banyak perkara perlu dibincangkan terutama sekali pampasan.

”Memang saya agak kecewa dengan persembahan dia kerana telah diberikan banyak peluang tetapi gagal memberikan impak,” katanya.

Sebagai ganti, Dollah telah membayangkan kemungkinan akan menggunakan khidmat dua pemain dari Rusia yang bermain di posisi penyerang dan tengah.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

dayne.ghazali@utusan.com.my

ATM rampas takhta, benam 9 pemain Pahang
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kembali merampas takhta Liga Perdana selepas membenam Pahang 3-2 dalam perlawanan yang menyaksikan skuad Tok Gajah menamatkan saingan dengan sembilan pemain di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Turun dengan reputasi sebagai ‘Manchester City Malaysia’, ATM terlebih dulu menggegar gawang lawan seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Bruno Marteloto selepas Marlon Alex James dikasari pertahanan Pahang.

Bagaimanapun, Pahang tidak cepat mengalah apabila hanya memerlukan tujuh minit kemudian untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Melalui sepakan penjuru yang diambil oleh Mohd.Hafiz Kamal, Saiful Nizam Miswan menanduk masuk gol pasukan pelawat bagi meletakkan permainan kembali seimbang.

ATM bagaimanapun kembali di depan menerusi penjaring terbanyaknya, Marlon pada minit ke-19 setelah menerima hantaran Hairuddin Omar dan menanduk bola bagi merakamkan gol ketujuh peribadi musim ini.

Bagaimanapun, perlawanan menjadi bertambah rancak apabila Pahang kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi Azamuddin Akil, yang menggoncang jaring ATM dengan larian solo menarik di sebelah kiri dan melepaskan rembatan leret menewaskan Farizal Harun pada minit ke-30.

Ketika Pahang ghairah memburu gol ketiga mereka tersentak pada minit ke-75 apabila Saiful Nizam dilayang kad merah setelah mengutip dua kad kuning.

ATM mengambil kesempatan dengan kekurangan seorang pemain Pahang apabila pemain gantian, Christie Jayaseelan muncul wira melalui sepakan jarak jauh pada minit ke-84.

Nasib pelawat bertambah malang selepas Shahrizan Salleh menjadi pemain kedua mendapat kad merah pada minit ke-89 lantas mematikan semangat perjuangan Pahang dalam memburu gol penyamaan.

Utusan/Safrizal Azmi

Fandi sah bantu Jengking
BEKAS penyerang sensasi Singapura, Fandi Ahmad mengesahkan status selaku penasihat teknikal Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas mengikat kontrak selama tiga tahun berkuat kuasa, 2 Februari ini.

Bintang skuad Singa itu berkata, segala urusan pelantikan sudah di buat dan akan memulakan tugas bergandingan bersama jurulatih K Sukumaran untuk membimbing skuad Jengking membuat persiapan menghadapi Pahang, 7 Februari ini.

“Saya akan memulakan tugas secara rasmi pada 2 Februari ini dan pada masa yang sama akan membawa pemain import, Francisco Rocha Da Silva dari Brazil yang pernah beraksi di Liga Divisyen Satu, Hungary.

“Mungkin saya tidak meletakkan sasaran tinggi pada musim ini kerana pemain sedia ada harus dibentuk dengan lebih mantap namun kita akan cuba kerana rezeki sentiasa berada di mana sahaja.

“Tugas pertama saya pasti bersama Sukumaran membuat persiapan menentang Pahang dan rehat yang agak panjang memberi peluang untuk saya mengenali lebih rapat dengan pemain dan kenal pasti corak permainan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Fandi menegaskan musim ini, komitmen bersama skuad Jengking kemungkinan agak terbatas berikutan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan di Singapura terutama Akademi Bola Sepak yang ditubuhnya serta program mencari bakat baru.

Beliau akan berusaha untuk sentiasa bersama skuad Johor dalam setiap sesi latihan yang diadakan dan tugasan untuk memantapkan lagi barisan pemain berdepan tugas rumit menentang dua pasukan teratas, Pahang dan Tentera sememangnya diambil berat.

“Saya yakin rakan jurulatih seperti Ahmad Hassan, Wan Mustaffa Wan Ismail dan Omar Salim akan turut membantu bagi memastikan setiap perlawanan yang diharungi Johor mampu menerbitkan kemenangan,” kata Fandi.

Oleh Rizar Mohd Noor

rizar@hmetro.com.my

PDRM ganti Pahang terajui Liga Perdana Sabah nafi kemenangan sulung PKNS
PKNS meleburkan pendahuluan dua gol dan hasrat mencipta kemenangan sulung sekali gus sekadar berkongsi mata dan diikat Sabah 2-2 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Dua gol pemain import tuan rumah, Mickael Nicoise, beberapa minit sebelum rehat dan sepakan percuma minit ke-52 sempat disaingi tandukan penyamaan pemain pelawat, Michael Baird dan jaringan sendiri Helmi Remeli, minit ke-74 dan ke-81.

Satu mata anak buah Abdul Rahman Ibrahim itu melonjakkan mereka ke tangga kesembilan di belakang Sarawak sementara Sabah turut memperbaiki kedudukan dan berkongsi lima mata dengan Selangor di tangga kelapan liga tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas teraju Liga Perdana 2012 daripada Pahang yang tidak beraksi apabila membenam Perlis 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, semalam sekali gus mengumpul 11 mata.

Ia turut dibantu oleh kekalahan mengejut pasukan yang mulanya menduduki tangga ketiga, Sime Darby 2-1 kepada Johor di Stadium Pasir Gudang malah dipintas pula oleh Universiti Sains Malaysia (USM) yang menumpaskan Harimau Muda B 3-1.

Biarpun ditinggalkan jaringan pendahuluan pemain skuad bawah 19 tahun negara, Mohd. Norhamizaref pada minit ketujuh di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang, tuan rumah kembali bangkit dengan dua jaringan S. Venod dan Mohd. Faizat.

NS Betaria pula mencatat kemenangan sulung musim ini dengan mengejutkan lawan lebih berpengalaman, Pos Malaysia 3-2 di Stadium MP Selayang hasil jaringan Saufi Ibrahim, Fauzi Kadar dan M. Ravinthiran.

UTUSAN/Izham Jaafar

Status bintang bukan jaminan
HARUS keluar dari zon ‘selesa’.

Itulah saranan jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kepada barisan pemain pasukan itu selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Sime Darby pada aksi Liga Perdana Sabtu lalu.

Perlawanan ATM menentang Sime Darby yang dijadualkan pada 20 Januari lalu terpaksa ditunda keesokan harinya selepas hujan lebat.

Ketika itu, ATM selesa mendahului Sime Darby dengan 2-0 menerusi Marlon Alex James.

Begitupun, Sathianathan meluahkan rasa kecewa selepas pasukan itu gagal meneruskan momentum pada aksi ulangan, sekali gus tewas buat julung kalinya musim ini.

Bekas pengendali Kelantan itu menganggap barisan pemain terlalu memandang rendah keupayaan pemain lawan sehingga memakan diri sendiri.

Jelasnya, beliau mahu para pemain berkerja lebih keras dan gigih dengan menukarkan mentaliti tersebut jika berhasrat untuk beraksi di Liga Super pada musim depan.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu anak-anak buahnya terlalu bergantung kepada tenaga import sebaliknya mahu bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Saya tidak mengetahui (punca kekalahan itu). Mungkin pada perlawanan pertama selepas mendahului 2-0 sebelum ditunda pada Sabtu lepas, kami terlalu yakin (untuk meraih tiga mata) menentang Sime Darby.

“Satu pengajaran yang cukup berguna kepada pemain-pemain saya. Sebagai pemain bintang, mereka haruslah beraksi dengan lebih baik dari pemain biasa. Bukan beraksi dengan sambil lewa.

“Nyata, dibarisi ramai pemain bintang namun ia belum cukup untuk ‘melengkapkan’ pasukan dengan status tersebut untuk meraih sebarang kemenangan.

“Dalam masa yang sama, saya juga tidak mahu mereka terlalu bergantung kepada pemain import dan lebih kepada corak berpasukan. Kami perlu ubah sikap ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, pemain harus kembali bangkit menjelang aksi menentang Pahang pada 3 Februari depan di dalam usaha untuk kembali merampas kedudukan pendahulu liga dari skuad kendalian Dollah Salleh yang kini mengatasi ATM dengan kelebihan satu mata.

Menurutnya, beliau tidak mahu pasukannya tercicir tiga mata berharga dan berazam untuk terus mencapai mata maksimum sebagai usaha untuk layak ke Liga Super pada tahun depan.

“Saya tidak percaya nasib itu ditentukan oleh orang lain. Kita sendiri yang menentukannya.

“Jika kamu berusaha dengan lebih keras, ia tidak mustahil nasib itu akan menyebelahi kita namun lebih mustahak adalah kami harus memberikan yang terbaik ketika menentang Perlis pada Jumaat depan,” katanya.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

fazli.yadi@kosmo.com.my

ATM kecewa perlawanan dihentikan akibat hujan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa menerima hakikat dua gol yang mereka jaringkan pada babak pertama ketika menentang Sime Darby dalam Liga Perdana semalam, tidak memberi sebarang makna, apabila perlawanan dibatalkan akibat hujan.

Perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dihentikan pada minit ke-43, menyebabkan perlawanan terpaksa dilangsungkan sekali lagi hari ini tanpa mengira dua jaringan ATM semalam.

Pengadil Mohd. Zamzaidi Katimin tidak mempunyai pilihan selain menghentikan perlawanan apabila hujan lebat berlarutan lebih 30 minit, serta kilat.

Sebelum perlawanan dihentikan, ATM menguasai perlawanan ketika Sime Darby sukar mencari rentak dan lebih banyak bertahan.

Marlon Alex James membuka tirai jaringan pada minit kelima hasil sepakan leret di dalam kawasan penalti.

Marlon sekali lagi membuktikan kehebatan apabila meledak gol kedua pada minit ke-35 hasil percubaan dari luar kawasan penalti.

Jurulatih B. Sathianathan jelas kecewa kerana perlawanan dihentikan akibat hujan namun akur dengan keputusan pengadil.

“Benda sudah hendak terjadi, apa boleh buat… saya tidak dapat jangka kami perlu bermain sekali lagi kerana cuaca hujan.

“Walaupun kami mendapat dua gol hari ini, belum tentu ia akan dapat diulangi esok, jadi saya harap pemain menguatkan mental mereka.

“Diharapkan keputusan akan memihak sekali lagi kepada kami walaupun saya tahu ia tidak mudah kerana lawan sudah tentu mahu bangkit apabila berhadapan dengan kami sekali lagi,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

Skandal jejas moral
SKANDAL rasuah di awal musim yang menghimpit Perlis memberi tamparan hebat buat skuad Liga Perdana negeri itu hinggakan jurulatih, Abdullah Hassan mengaku moral anak buahnya kini terjejas teruk.

Sebaik timbulnya isu itu berikutan kekalahan teruk 2-7 di tangan Majlis Perbandaran (MP) Muar pada perlawanan pertama Isnin lalu, pemain skuad Singa Utara teruk dikritik hebat penyokong sendiri.

Pada perlawanan kedua ketika tumpas 1-2 kepada Sime Darby di Kangar, Jumaat lalu, ada penyokong bertindak berani dengan menaikkan kain rentang mengecam pemain yang disyaki terbabit dengan rasuah.

Pada masa ini, siasatan terhadap dakwaan itu masih dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), termasuk memanggil seorang pemain untuk memberikan keterangan Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Abdullah berharap tiada pemain terbabit dalam gejala buruk itu agar mereka dapat kembali memberi tumpuan kepada kempen liga.

“Selepas kekalahan mengecewakan kepada MP Muar, ada penyokong membawa kain rentang pada perlawanan dengan Sime Darby. “Jika tidak silap saya, tulisan kain rentang itu menyebut, “Si perasuah, rakyat negeri Perlis mahu kamu ke neraka.” “Pada saya itu hanyalah andaian penyokong yang marah selepas kekalahan teruk perlawanan pertama. Tapi tindakan itu menyebabkan moral pemain saya terjejas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro selepas tamat perlawanan menentang Pos Malaysia yang berkesudahan seri 3-3 kelmarin.

Semalam Arena Metro menyiarkan berita mengenai seorang pemain yang baru menyertai Perlis musim ini disoal siasat SPRM, Sabtu lalu, berhubung dakwaan menjual perlawanan.

Abdullah mengesahkan perkembangan terbaru itu namun enggan mengulas lanjut selain menyatakan pemain terbabit sudah tidak beraksi selepas perlawanan pertama akibat kecederaan.

“Memang ada pemain dipanggil untuk disiasat polis, SPRM tapi setakat ini hanya seorang pemain saja. Saya harap andaian buruk (pemain menerima rasuah) ini tidak berlaku, namun kami tetap waspada,” katanya.

Oleh Aziman Rosdi

aziman@hmetro.com.my

Pahang cabar penguasaan ATM
Barisan bintang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menguasai tangga teratas saingan Liga Perdana 2012, kali ini dengan menewaskan Harimau Muda B 2-0 di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Hairuddin Omar dan Christie Jayaseelan memastikannya dengan jaringan minit ke-70 dan ke-80 sekali gus meletakkan skuad bimbingan B. Sathianathan mendahului liga dengan sembilan mata namun terikat dengan Pahang.

Hanya dipisahkan dengan perbezaan gol, Tok Gajah kekal di tangga kedua setelah menewaskan Sime Darby 2-1 hasil jaringan Saiful Nizam dan Gobinathan pada minit ke-31 dan ke-66 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Sementara itu, impian Perlis untuk mengutip mata penuh perlawanan selepas tewas dua perlawanan Liga Perdana terdahulu tidak kesampaian sebaliknya hanya mampu berkongsi satu mata dengan Pos Malaysia selepas seri 3-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Satu mata yang diperolehi Perlis semalam juga adalah mata pertama untuk pasukan itu dalam tiga perlawanan liga yang telah berlangsung ketika ini.

Pada perlawanan tersebut Perlis terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-22 menerusi tandukan pemain pertahanan L. Phul Sakh namun lima minit selepas itu Pos Malaysia pula menyamakan kedudukan untuk separuh masa pertama melalui sepakan leret Nor Nahrul Hayat Nordin.

Babak kedua berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan cuba untuk mendapatkan jaringan melalui percubaan tepat sebelum tuan rumah Pos Malaysia menambah gol kedua mereka melalui rembatan dalam kotak penalti oleh pemain tengah Mohd Hanifuddin Abdul Rahman minit ke-56.

Debaran perlawanan terus dirasai apabila Phul Sakh sekali lagi menjaringkan gol keduanya pada minit ke-75 dan selepas itu pemain import Perlis, Muhammad Lamin Conteh Al-Hidayah meledak gol ketiga melalui sepakan percuma minit ke-90.

Namun impian skuad Singa Utara untuk meraikan kemenangan tidak kesampaian apabila pemain Pos Malaysia K. Premananthan menjadi pemusnah skuad bimbingan Abdullah Hassan itu di waktu kecederaan.

UTUSAN/ Hafiz Johari

ATM kenduri gol belasah MBJB 5-0
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula menunjukkan taring sebenar apabila membelasah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) 5-0 dalam pertemuan bola sepak Liga Perdana 2012 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak meletakkan ATM di depan pada minit ke-49 sebelum ayam tambatan importnya, Marlon Alex James menyumbat empat lagi gol pada minit-minit ke-62, 71, 72 dan 87.

Ketua jurulatih ATM, B. Satianathan berkata, strategi awal agak merencatkan serangan ATM apabila pasukan lawan lebih gemar bertahan.

“Kita memang banyak peluang pada separuh masa pertama tetapi susah dengan corak permainan mereka (MBJB). Ini membuatkan kita banyak membuang masa kerana taktik mereka.

“Apabila tiba separuh masa kedua, kita tidak ada masa dan dapat mengatasinya. Sebelum permainan kita memang yakin akan menang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Oleh Zulhisham Isahak

utusanjohor@utusan.com.my

ATM tak cukup garang, Perlis dibelasah
Barisan bintang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menepati ramalan dengan kemenangan pembuka tirai bola sepak Liga Perdana 2012 ke atas NS Betaria 2-0 tetapi Majlis Perbandaran Muar (MPM) yang lebih meraih tumpuan apabila membelasah Perlis 7-2, semalam.

Dua jaringan wira import dari St. Vincent and Grenadines, Marlon Alex James pada minit kedua dan 22 di Stadium Petaling Jaya, tidak memadai untuk menyekat pesta gol di Stadium Sultan Ibrahim, Muar yang turut membawa tuan rumah sebagai peneraju sulung persaingan musim ini.

Malah Mohd. Alafi Mahmud memastikan namanya mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan empat gol buat MPM ke atas Perlis, pasukan Liga Super 2011 pada minit ke-24, 52, 56 dan 79 selain dua jaringan Khairul Anwar Shaharudin (9 dan 87) serta Azuwad Arip (80).

Sime Darby dan Universiti Sains Malaysia (USM) pula masing-masing menewaskan skuad bawah 19 tahun negara, Harimau Muda B dan Pos Malaysia 2-1 malah tiga mata itu meletakkan mereka berkongsi tempat ketiga Liga Perdana.

Gol Sime Darby dijaringkan Rosli Muda dan Zamri Hassan pada minit ke-27 dan 65 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala tuan rumah di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang beroleh gol menerusi Afzan Zainal Abidin dan Elias Sulaiman selain dibalas pemain lawan, Sani Nawi.

Jaringan tunggal Hafiz Kamal ketika perlawanan cuma tinggal empat minit, cukup melegakan bekas pasukan Liga Super, Pahang dengan tiga mata untuk mengatasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Johor pula dipaksa berpuas hati dengan satu mata oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah jaringan pendahuluan tandukan Esseh N’sougan Adah, minit ke-54 disamakan Norzie Ibrahim yang mengutip sepakan penalti yang ditepis minit ke-71 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed