MALAYSIA LEAGUE ONLINE » Liga Super

Nwaneri kekal pilihan Kelantan
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampak tidak mempedulikan kritikan apabila membuat keputusan memilih bekas pemain kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri sebagai tonggak import terbaru menggantikan Denny Antwi untuk beraksi dalam saingan Liga Super, musim ini.

Walaupun akur prestasi Obinna ketika tewas 0-2 kepada kelab Singapura, Balestier Khalsa FC, Ahad lalu masih kurang memuaskan hati, pihak pengurusan pasukan masih menaruh harapan terhadap pemain itu membantu menguatkan barisan pertahanan.Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata mesyuarat diadakan, semalam memutus menyenaraikan Obinna sebagai tonggak import baru The Red Warriors menggantikan Antwi yang akan hanya beraksi dalam Piala AFC.

“Kami putuskan memilih Obinna dan Mohammad Ghaddar sebagai dua pemain import Kelantan untuk saingan Liga Super musim ini manakala Antwi hanya akan beraksi dalam Piala AFC.

“Kami sudah terima Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Obinna. Kita tahu hari ini (semalam) dan esok (hari ini) adalah cuti umum tapi kami akan cuba secepat mungkin mendaftarkan Obinna kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membolehkan dia (Obinna) beraksi ketika menentang Sabah,” katanya.

Skuad Kijang akan berkunjung ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, esok untuk menghadapi cabaran Sabah dalam perlawanan keenam.

Pada masa sama, Azman masih menaruh keyakinan terhadap Ghaddar dan percaya khidmat pemain kebangsaan Lubnan itu mampu untuk memberi keputusan lebih positif kepada The Red Warriors.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

mfitrie@bharian.com.my

‘Tiada standard, tiada kualiti’
RUMUSAN negatif diberikan pengendali T-Team, Yunus Alif selepas tiga hari ‘memeras otak’ menilai empat pemain import bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Zacharia Simukonda.

Kesimpulan Yunus – kesemua pemain import yang dinilai tidak mencapai standard yang diperlukan, malah diibarat sebagai indah khabar dari rupa.

Lantas, jurulatih berpengalaman kelahiran Terengganu mengambil tindakan drastik dengan ‘menghantar balik’ tiga daripada empat pemain import yang diuji.

“Mereka langsung tidak menarik perhatian saya dan tidak ada ciri-ciri sebagai pemain import yang saya perlukan.

“Jadi, buat apa kita simpan mereka dan kita telah menghantar balik tiga daripada mereka termasuklah seorang bekas pemain Nantes dan Mets,” kata Yunus kepada Kosmo! semalam.

Tiga pemain import baharu yang telah dihantar balik ialah Jamie Pheonix dari England, Umaru Mustapha Suna (Siera Leone) dan Tenema Ndiaye (Mali).

Penyerang Bosnia, Goran Kuljilas pula masih diberi peluang untuk menjalani sesi pemilihan bersama pasukan kelab itu.

“Ada di antara pemain import ini yang semacam tidak bersemangat untuk bermain. Tiada ciri profesional.

“Kita sebenarnya mencari pemain yang baik dan berkualiti, tetapi jika tidak ada, buat apa kita bazirkan duit untuk membayar mereka.

“Lebih baik kita gunakan tenaga pemain tempatan yang jauh lebih baik daripada mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Yunus mengakui pasukannya mungkin akan menggunakan tempoh pembelian pemain import pada April depan untuk mencari seorang pemain yang benar-benar berkualiti.

“Kalau sekarang ini tidak ada (sehingga 13 Februari), kita akan main dengan seorang pemain import sedia ada iaitu Bojan.

“Kalau pihak pengurusan bersetuju, kita mungkin hanya menambah seorang lagi pada April depan,” ujarnya.

Terdahulu, T-Team terpaksa menamatkan khidmat Simukonda ekoran masalah pretasi selain bebanan kecederaan yang dialami pemain dari Zambia itu.

Sepanjang lima perlawanan bersama T-Team, Simukonda yang pernah mencipta nama bersama Perlis hanya menjaringkan satu gol.

Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa@kosmo.com.my

T-Team uji empat pemain import
Pasukan T-Team semalam menguji empat pemain luar dalam pencarian mendapatkan pemain import berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata, pemilihan kali ini diharap dapat menemui pemain yang benar-benar berwibawa bagi menggantikan pemain Zambia, Zacharia Simukonda, yang digugurkan baru-baru ini.

Katanya lagi, empat pemain yang diuji adalah dari Bosnia-Herzegovina, England, Mali dan Sierra Leone yang tiba di sini, kelmarin.

Menurut Yunus, beliau berharap salah satu calon pemain yang diuji dapat diturunkan bertemu Negeri Sembilan di Paroi, Rabu ini.

“Kalau tidak, kita terpaksa menunggu empat bulan lagi untuk mencari pemain import apabila pendaftaran baru pemain import dibuka,” katanya.

Yunus berkata kelab itu tidak terburu-buru mencari pemain import memandangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh akhir pendaftaran pemain import.- Bernama

Irfan ikat bekas peledak Croatia
BEKAS penyerang kebangsaan Croatia, Bosko Balaban, semalam sah menandatangani kontrak dengan skuad Liga Super Selangor, sekali gus dijangka dapat diturunkan bertemu Lions XII di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini.Balaban, 34, tiba di tanah air pada Isnin dan terus diuji beraksi selama 57 minit ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik negara, Selasa lalu.

Biarpun belum menunjukkan kemampuan sebenarnya dalam perlawanan itu, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tetap berkeyakinan kehadiran Balaban mampu mengatasi masalah ketumpulan penyudah yang dialami Red Giants.

“Memang saya rancang nak turunkan dia (Balaban) pada 15 minit terakhir babak pertama dan 15 minit awal babak kedua kerana dia masih ‘jetlag’. Tapi R Surendren tercedera dan saya masukkan dia seawal minit ke-13.

“Lagipun ketika itu, hujan lebat dan dia mungkin takut tercedera kerana Selangor belum menandatanganinya. Apapun berdasarkan reputasinya, saya yakin dia pilihan tepat kami,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.

Skuad Selangor yang tidak berlatih semalam, bakal kembali menyambung sesi latihan petang ini dan ia menjadi latihan rasmi pertama Balaban sebagai pemain Selangor.

“Jika ITC (Sijil Perpindahan Antarabangsa) dapat cepat, dia boleh diturunkan untuk bertemu Lions XII. Tapi seorang lagi import, Ramez Dayoub tidak dapat beraksi kerana digantung satu perlawanan,” jelas Irfan.

Balaban yang pernah mewakili Dinamo Zagreb, Aston Villa, Brugge dan terakhir, Panionios diambil bagi menggantikan penyerang kebangsaan Congo, Lelo Mbele yang ditamatkan kontrak kerana gagal pulih daripada kecederaan panjang.

Oleh Wan Fakhrul Bakar

wanfakhrul@bharian.com.my

Kelab penyokong optimis Sabah mara lebih jauh
KELAB Penyokong Sabahawks optimis pasukan mereka bakal mara lebih jauh dalam saingan Liga Super tahun ini sekiranya mampu melayani kunjungan pendahulu liga, Kelantan pada 8 Februari depan di Stadium Likas, Sabah.

Pengerusi Kelab Penyokong Sabahawks, Mohd Joh Wid berkata, sekiranya berjaya membenam Red Warriors Rabu depan, Sabah mampu memperbaiki kedudukan selain memberi semangat dan kekuatan mental kepada pemain.

“Saya yakin Sabah mampu mencapai kemenangan apabila melayani kunjungan Kelantan. Penyokong sentiasa memberi sokongan padu terhadap pasukan tanpa mengira sama ada menang, seri atau tewas,” katanya.

Penyokong Sabahawks turut memberi ‘amaran’ kepada jurulatih Kelantan, Peter Butler supaya berhati-hati dengan sorakan padu penyokong tuan rumah.

“Butler pasti masih mengingati reaksi penyokong Sabah setiap kali berdepan pasukan lawan ketika memimpin Sabahawks. Sokongan padu penyokong mampu membakar semangat luar biasa meneruskan rentak kemenangan terutama berdepan Kelantan nanti,” katanya.

Oleh Erdie Ab Wahid dan Nur Haffiza Mohd Firdaus

hmkk@hmetro.com.my

Punca kemerosotan Kedah
SETELAH prestasi hambar yang dipamerkan oleh pemain sebagai punca kemerosotan Kedah, kali ini kelemahan itu dihalakan pula kepada Wan Jamak Wan Hassan.

Ia berikutan penggantungan ketua jurulatih itu diakhir musim lalu yang membuatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak sempat mencari jurulatih baharu bagi menguruskan pasukan.

Turut dipersalahkan oleh penyokong skuad Hijau Kuning ialah pengurus pasukan, Datuk Khazali Din yang didesak berundur daripada jawatan yang disandangnya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, hukuman penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak merupakan punca utama berlaku kepincangan dalam pengurusan bola sepak Kedah.

“KFA terpaksa mengambil Mohd. Nidzam Adha (jurulatih skuad Piala Presiden) untuk membimbing Kedah buat sementara waktu sebelum Radhi (Mat Din) dan Ahmad Sobri (Ismail) yang tamat pengantungannya Sabtu lalu mengambil alih semula.

“Namun selepas Wan Jamak kembali, sekiranya tiada sebarang kemajuan dalam skuad Kedah, kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa perkara bagi menyelesaikan masalah yang melanda pasukan ketika ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Hamdan, semua pihak termasuk pengurusan, pentadbiran dan pemain perlu bertanggungjawab berikutan prestasi hambar skuad Kedah.

“Saya merasakan tidak adil jika kita menuding jari kepada mana-mana individu tertentu kerana ini adalah usaha bersama.

“Saya memang mengambil serius perkara ini dan harus melakukan yang terbaik,” katanya.

Wan Jamak digantung tujuh perlawanan kerana didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak-anak didiknya sekadar seri 1-1 menentang Perak pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A saingan Piala Malaysia pada 28 September lalu.

Turut menerima nasib sama, Radhi yang merupakan penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri yang digantung empat perlawanan.

Dalam pada itu, Hamdan turut mempersoalkan persembahan hambar beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Baddrol Bakhtiar, Mohd. Sabree Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu pasukan mencapai kemenangan.

Katanya, pemain tempatan mempunyai kualiti yang baik, namun persembahan mereka agak tumpul menyebabkan peminat hampa dengan permainan mereka.

“Bertambah malang, import Kedah pula tidak berkualiti sehingga menyebabkan mereka terpaksa digugurkan bagi mencari import baharu yang dapat membantu mengubah nasib pasukan,” katanya.

Menurut Hamdan, KFA dalam mesyuarat baru-baru ini memutuskan untuk mencari dua pemain import baharu di bahagian serangan dan tengah bagi membantu memantapkan pasukan.

“Kami tidak mempunyai masalah dengan pemain berkaitan gaji dan kebajikan mereka, malah turut memberi insentif sekiranya mereka menang atau seri dalam perlawanan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, KFA menubuhkan satu pasukan pemantau yang terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta turut memantau isu-isu berkaitan dengan bola sepak termasuk rasuah.

“Mereka terdiri daripada ahli Eksekutif KFA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM

syahir.kassim@kosmo.com.my

Azizan yakin Kenari bangkit
MASALAH yang dihadapi pasukan Hijau Kuning sejak sepak mula Liga Super 2012 berikutan beberapa faktor utama terutamanya kesan terhadap penggantungan ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan dijangka berakhir untuk kembali kepada prestasi sebenar, tidak lama lagi.

Keyakinan itu diluahkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang memahami masalah skuad Kenari selain yakin prestasi pasukan akan pulih selepas tempoh hukuman ke atas Wan Jamak kini berbaki dua perlawanan lagi.

Azizan berkata, penggantungan jurulatih utama secara tidak langsung memberi kesan kepada prestasi pasukan Hijau Kuning, namun jika tamat tempoh penggantungan itu pasti ia memberi perubahan positif kepada skuad Kenari.

“Tanggapan segelintir penyokong bahawa Pengurus, Datuk Khazali Din gagal melaksanakan tugas dengan baik bagi menyediakan pasukan mantap adalah tidak benar kerana saya melihat kesungguhan tinggi ditunjukkan olehnya sepanjang menggalas tanggungjawab itu,” katanya. kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco di Alor Setar, Kedah, semalam.

Azizan berkata, tempoh saingan Liga Super masih panjang dan pihak tertentu tidak boleh menilai prestasi sepanjang musim berdasarkan lima perlawanan sahaja kerana pasukan gergasi Eropah pun menghadapi masalah itu bagi tempoh sama.

Sementara itu, jurucakap Ultras Kedah berkata, keputusan memboikot hanya akan ditarik balik selepas majoriti berpuas hati dengan prestasi pasukan selain mendesak satu rombakan dilakukan dalam KFA kerana dikatakan gagal menyediakan barisan pemain mantap.

Oleh Muhammad Saufi Hassan

saufi@hmetro.com.my

Balaban memukau
WALAUPUN turun sebagai pemain gantian dan hanya beraksi kira-kira 55 minit, aksi Bosko Balaban berjaya memikat hati pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim untuk menyelesaikan masalah sentuhan penyudah yang dialami Merah Kuning dalam kancah Liga Super.

Walaupun gagal menjaringkan sebarang gol, Irfan Bakti tetap memuji pemain kelahiran Croatia yang dilihatnya mempunyai kemahiran dan teknik yang diperlukannya bagi menggantikan pemain import dari Congo, Lelo Mbele, “Saya puas hati dengan corak permainannya. Saya akan menumpukan aspek kecergasan dalam baki beberapa hari sebelum saingan Liga Super bersambung selain persefahamannya bersama rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Pemain berusia 34 tahun yang pernah beraksi bersama Aston Villa, Dinamo Zagreb dan Ingolstadt 04 dinilai Irfan Bakti ketika aksi persahabatan Selangor menentang skuad Olimpik negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam kelmarin yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

Selain Balaban, pengendali kelahiran Kelantan itu turut memuji aksi pemain simpanan dan Piala Presiden yang diturunkan terutamanya bagi mengisi kekosongan pemain utama yang menyertai kem latihan skuad kebangsaan.

Selangor kini menduduki tempat kelima Liga Super dengan lapan mata selepas mengharungi lima perlawanan, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Kelantan.

Merah Kuning yang mensasarkan satu piala musim ini meneruskan aksi Liga Super menentang musuh tradisi, LionsXII di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Oleh Azlan Muhammad Zain

azlanmz@hmetro.com.my

Kelantan ikat Obinna Nwaneri
PASUKAN Kelantan, ‘The Red Warriors’ hari ini menandatangani kontrak dengan bekas pemain pertahanan kebangsaan Nigeria,Obinna Nwaneiri sebagai pemain import bagi terus mengukuhkan kedudukan pasukan itu di persada Liga Super musim ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata pemain berusia 30 tahun itu akan menggantikan Zakaria Charara dari Lubnan yang akan berpindah ke pasukan Kuala Lumpur bagi membantu pasukan tersebut.

“Kita mengikat kontrak bersama Obinna selama setahun dan beliau dijangka akan beraksi buat pertama kalinya Rabu ini dalam perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Obinna yang juga hadir ketika perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur baru-baru ini teruja dengan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV dan berjanji akan menggunakan pengalaman luasnya untuk memperkasakan The Red Warriors,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kelantan kini mempunyai empat pemain import iaitu Mohamed Ghaddar (Lubnan), Denny Antwi (Ghana), Emmanuel Okine (Ghana) serta Obinna.

Pasukan itu kini berada di kedudukan teratas Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul 13 mata. – Bernama

Ghaddar atau Antwi
KELANTAN mungkin menggugurkan sama ada Mohammed Ghaddar dari Lubnan atau Denny Agyare Antwi dari Ghana dalam kancah Liga Super selepas mengikat bekas pertahanan kebangsaan Nigeria, Obinna Nwaneri, semalam.

Kelantan yang dilihat serius menerajui liga musim ini, mengambil tindakan segera mendapatkan Nwaneri dan kelibat pemain itu dapat disaksikan dalam perlawanan persahabatan dengan skuad senior kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Begitupun, siapa yang bakal digugurkan masih menjadi teka teki dan difahamkan keputusan akan dibuat selepas dua aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan dan kelab Balistier Khalsa FC dari Singapura di Kota Bharu, Sabtu ini.Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, selain persiapan tambahan untuk Liga Super, The Red Warriors juga mahu menguji Nwaneri yang mengumpul 33 kaps sejak 2005 dan pernah beraksi dengan Kazma Sporting di Kuwait tahun lalu.

“Perlawanan persahabatan ini menjadi peluang terbaik bagi kami menguji Nwaneri di posisi pertahanan tengah Kelantan, selain menguji seorang lagi pemain import, Samad Okocha Awudu yang dijangka tiba Khamis ini.

“Kami berharap dapat melakukan pemilihan dengan lebih teliti sebelum mendaftarkannya mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum 13 Februari,” kata Azman yang juga pengurus pasukan.

Mengulas mengenai kedudukan Mohammed Ghaddar dan Antwi, dia menjelaskan pihaknya belum memutuskan nasib kedua-dua pemain itu hinggalah tarikh akhir pendaftaran import 13 Februari ini manakala dua pemain import yang didaftarkan untuk Piala AFC sebelum ini, Emmanuel Ayaah Okine (Ghana) dan Zacharia Yehya Charara (Lubnan) mungkin dipinjamkan kepada Kuala Lumpur.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, dalam laman sosial Facebook, mengesahkan KAFA sudah menandatangani kontrak dengan Nwaneri, semalam.

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob