MALAYSIA LEAGUE ONLINE » Malaysia Team

Tiada rezeki
SKUAD bola sepak negara sudah boleh melupakan misi memburu tiket pada Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.

Kekalahan 1-2 kepada Bahrain pada aksi keempat Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional di Manama kelmarin, menutup terus peluang skuad kendalian Ong Kim Swee menjejakkan kaki di bumi London.

Bagi Kim Swee, beliau tidak mahu melihat kegagalan itu sebagai titik kejatuhan skuad negara, sebaliknya tetap memandang positif keupayaan barisan pemain mudanya.

“Selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut pada pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012, banyak pengajaran yang boleh diambil oleh para pemain bagi menghadapi perlawanan antarabangsa sebegini,” jelas Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

PINTU Sukan Olimpik 2012 kini sudah tertutup rapat buat skuad negara kendalian Ong Kim Swee

Kekalahan 1-2 kepada Bahrain pada aksi keempat Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional di Manama kelmarin, mematikan terus langkah skuad negara untuk menjejakkan kaki di bumi London.

Biarpun penyerang gantian, Ahmad Hazwan Bakri berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-84, namun kealpaan benteng pertahanan sekali lagi menghukum skuad negara apabila Bahrain memperoleh gol kemenangan ketika perlawanan berbaki seminit.

Kekalahan itu hampir sama dengan skrip di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 November lalu yang menyaksikan skuad negara tewas mengejut 2-3 di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Walaupun kemenangan bagaikan hampir pasti memihak skuad negara apabila selesa mendahului dua gol menerusi jaringan Mohd. Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli tatkala perlawanan berbaki 12 minit, Bahrain bangkit dengan memperoleh tiga gol dalam tempoh lima minit.

Sebelum bertandang ke Manama, skuad negara dilihat berdepan misi sukar untuk menempah tiket Olimpik 2012 apabila tewas dalam tiga perlawanan awal, sekali gus menyaksikan anak-anak buah Kim Swee menghuni tangga tercorot Kumpulan C.

Dalam aksi pembukaan Kelayakan Olimpik 2012, skuad negara tewas 0-2 kepada Jepun di gelanggang lawan sebelum mereka sekali lagi menerima nasib yang sama apabila tumbang 0-2 kepada Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dengan kekalahan terbaharu yang dialami kelmarin, hajat skuad negara untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara peringkat kumpulan, sekali gus layak beraksi pada saingan playoff tidak kesampaian.

Biarpun mengakui agak kecewa dengan kegagalan barisan pemainnya, Kim Swee tetap mahu berfikiran positif, sambil menganggap anak-anak buahnya mendapat pengalaman serta pengajaran berguna pada kempen Kelayakan Olimpik kali ini.

Jelas Kim Swee, sejurus anak-anak buahnya berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012, beliau sedar dengan cabaran yang bakal diharungi mereka apabila diundi bersama pasukan berstatus gergasi khususnya Jepun.

Sebagai rekod, skuad negara menyingkirkan Pakistan pada pusingan pertama dan Lebanon (pusingan kedua) sebelum berjaya meloloskan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012.

“Selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut pada pusingan ketiga Kelayakan Olimpik, banyak pengajaran yang boleh diambil oleh para pemain saya.

“Walaupun peluang (mara ke Sukan Olimpik 2012) sudah tertutup, mereka tidak boleh meratapi kegagalan itu. Sebaliknya, mereka harus memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

“Saya akan cuba memastikan tidak berlaku kesilapan yang sama pada dua baki perlawanan Kelayakan Olimpik akan datang,” jelas Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Skuad negara dijadualkan menentang Jepun di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 22 Februari ini sebelum mengakhiri aksi Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Syria di gelanggang lawan pada 14 Mac.

“Dengan kekalahan kepada Bahrain semalam (kelmarin), kita sudah boleh melupakan misi memburu tempat pada Sukan Olimpik 2012 di London. Bagaimanapun, saya akan mengingatkan para pemain supaya tidak mengambil mudah dua lagi baki aksi Kelayakan Olimpik.

“Saya pasti, tidak banyak bezanya apabila kita menghadapi dua pasukan ini (Jepun dan Syria) nanti. Cuma saya berharap para pemain saya dapat cepat belajar dan tidak mengulangi kesilapan yang sama,” tambah Kim Swee.

KOSMO ONLINE

Malaysia gigit jari
PINTU ke London sudah tertutup buat skuad kendalian Ong Kim Swee selepas tewas 2-1 kepada Bahrain, lewat malam tadi dalam saingan kelayakan Olimpik 2012.

Pada babak pertama, anak buah Kim Swee berpeluang membuka jaringan menerusi Irfan Fazail dan K Gurusamy dari luar kotak penalti tetapi gagal menemui sasaran.Sebaliknya serangan balas pantas Bahrain berjaya memecah kebuntuan menerusi Mohammed Al-Alawi pada minit ke-25.Selepas rehat, Malaysia beroleh gol penyamaan pada minit ke-84 menerusi pemain gantian, Ahmad Hazwan Bakri yang mudah menolak masuk hantaran Wan Zack.

Bagaimanapun Bahrain yang dikendalikan Peter Taylor kembali di depan selepas Husain Al Farhan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol kemenangan malam tadi.

Foto AFP/BERITA HARIAN ONLINE

Kim Swee mahu tiga mata dari Bahrain
Tiada perkara lain dalam kotak fikiran jurulatih bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee menjelang perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Bahrain di Manama hari ini, kecuali mendapatkan gol dan bawa pulang tiga mata.

Biarpun bakal beraksi di bawah cuaca sejuk mencecah 10 darjah celsius, namun sasaran Malaysia hanya membawa pulang kemenangan.

Jika misi tersebut berjaya, peluang skuad Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya layak ke penentuan play-off Olimpik kembali terbuka selepas berada pada kedudukan kritikal, menghuni tempat terakhir Kumpulan C tanpa sebarang mata.

Menurut Kim Swee, sekarang bukan masa yang sesuai untuk memikirkan tentang kelebihan pasukan lawan, sebaliknya beliau lebih gemar untuk melihat kekuatan yang ada pada anak buahnya digunakan sebaik mungkin hari ini.

“Kita tahu Bahrain memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, malah mereka juga mempunyai pemain yang kaya dengan kemahiran individu tetapi pada masa sekarang kita tidak perlu memikirkan semua itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, apa yang paling mustahak adalah memikirkan tentang kelebihan Malaysia mampu diterjemahkan untuk menghasilkan kemenangan, sekali gus memadam episod duka pada perlawanan pertama di Bukit Jalil, November lalu.

Pada perlawanan itu, Malaysia selesa mendahului Bahrain 2-0 hasil jaringan Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli, namun 10 minit sebelum perlawanan tamat kita tewas 2-3.

Ditanya mengenai bayangan kesebelasan utama yang bakal diturunkan, Kim Swee berkata, semuanya akan ditentukan hari ini sebaik mereka menjalani latihan terakhir.

“Bayangan itu saya sudah ada tetapi kita perlu tunggu sehingga hari perlawanan sebenar.

“Setakat ini semua pemain berada dalam keadaan yang sihat, tidak ada sebarang masalah kecederaan dan rata-rata mereka sudah menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.

“Inilah pentingnya mengapa kita perlu tiba awal di sini, selain membolehkan pemain membiasakan diri dengan keadaan cuaca yang sejuk, penyesuaian perubahan waktu juga amat penting,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Perlawanan hari ini yang bermula pada pukul 11.30 malam waktu Malaysia dijangka berlangsung dalam suasana yang sejuk dengan cuaca mampu menjangkau 10 hingga ke 11 darjah celsius.

UTUSAN MALAYSIA

‘Kami mahu balas dendam’
“KAMI mahu membalas dendam atas apa yang terjadi sebelum ini. Walaupun cabaran kali ini sukar, kami bersedia memberi tentangan habis-habisan kepada Bahrain. Itu janji pemain muda berbakat negara, Muhamad Nazmi Faiz Mansor kepada peminat bola sepak tanah air dalam misi memburu kemenangan pertama pada saingan peringkat Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Bahrain esok.

Katanya, skuad negara tidak boleh mengulangi kesilapan yang dilakukan pada aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil November lalu di mana mereka membenarkan Bahrain bangkit mencatat kemenangan dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit terakhir bagi memadam kelebihan dua gol awal Malaysia biarpun beraksi dengan 10 pemain.

“Kekalahan sebelum ini memberikan banyak pengajaran kepada semua pemain dan kami tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama pada perlawanan Ahad ini.

“Bahrain mempunyai kekuatan seimbang dengan Malaysia kerana turut mengamalkan corak permainan pantas, tapi kali ini kami akan lebih bersedia,” katanya yang dihubungi Arena Metro di Manama, Bahrain semalam.

Nazmi sekali lagi menjadi sandaran jurulatih Ong Kim Swee bagi menjana serangan di bahagian tengah bersama dengan pemain tengah bertahan K Gurusamy berikutan, Mohd Irfan Fazail dan Gary Steven Robbart masih bergelut dengan prestasi selepas pulih daripada kecederaan.

Malah pemain berusia 17 tahun itu antara pemain yang mampu merobek gawang Bahrain seperti yang dilakukan menerusi ledakan kencang kaki kiri ke gawang Bahrain sebelum ini yang dianggap antara gol tercantik peringkat kelayakan.

METRO ONLINE

Nazmi tekad harumkan negara
MUHAMMAD Nazmi Faiz Mansor.Nama yang tidak asing bagi peminat-peminat setia negara, apabila menyaksikan pemain yang cukup menyinar ketika membantu negara di dalam mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada November lalu.

Jaringan pembukaan dari jarak 30 meter ketika menentang Bahrain pada 27 November lalu juga masih jelas terpahat di ingatan penyokong meskipun tewas 2-3 pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kepintaran permata baharu negara ini mengekang ancaman jentera serangan lawan, selain pantas menjana gerakan serangan di tengah padang ternyata menjadi aset yang paling utama bagi pemain kelahiran Kuala Lumpur ini.

Kini, kelibat Nazmi mulai diintai oleh beberapa kelab Eropah antaranya Cardiff City yang sudah mula memasang impian untuk mendapatkan khidmatnya.

Lebih manis, Nazmi yang tercalon di dalam lima pemain muda ASEAN yang kelab Eropah harus memberikan perhatian pada jendela perpindahan pemain Januari ini daripada www.goal.com, jelas menggambarkan pemain negara memiliki kelas yang tersendiri.

Turut mengiringi Nazmi, Teerasil Dangda dari Thailand, Kyaw Ko Ko (Myanmar), Andik Vermansyah (Indonesia) dan Le Cong Vinh (Vietnam).

Namun bagi Nazmi, yang mengakui teruja dan gembira apabila beberapa kelab Eropah berminat untuk mendapatkan khidmatnya, menyedari perjalanan sebagai pemain bola sepak masih jauh.

Katanya, dia sentiasa melakukan yang terbaik ketika beraksi di atas padang dan berusaha untuk mengharumkan nama negara yang kekal tersemat di dalam jiwanya.

“Saya gembira dan teruja apabila beberapa kelab Eropah cuba mendapatkan khidmat saya. Setiap pemain impikan untuk beraksi pentas yang lebih tinggi demi karier dan negara.

“Beraksi di negara Eropah bukan sahaja perlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental, malah pemain harus lebih mendalami corak permainan serta beraksi secara kreatif.

“Tetapi, saya tidak mahu cepat melatah. Perjalanan saya sebagai pemain bola sepak baharu sahaja bermula tetapi jika mendapat peluang sedemikian, saya mahu melakukan dengan cara yang profesional.

“Buat ketika ini, saya masih pemain Harimau Muda dan berazam untuk kekal fokus bersama pasukan di dalam membantu negara untuk menjuarai beberapa kejohanan utama kelak,” katanya kepadaKosmo! semalam.

Nazmi ketika ini bersama pasukan Harimau Muda di Manama, Bahrain bagi perlawanan menentang negara itu bagi aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional Manama, esok.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

fazli.yadi@kosmo.com.my

Status Safee cetus tanda tanya
Status sama ada Safee Sali boleh mewakili skuad negara atau sebaliknya ekoran kemelut Liga Super Indonesia (ISL) dan FIFA terus mengundang tanda tanya.

Ini kerana sebuah media portal berita Indonesia, Republika co.id semalam melaporkan bahawa AFC secara rasmi telah mengarahkan pemain yang beraksi dalam ISL di Indonesia tidak dibenarkan mewakili skuad kebangsaan.

Mengulas khabar angin terbaru itu, pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal mengesahkan beliau belum menerima sebarang arahan sama ada secara bertulis atau lisan daripada FIFA mengenai larangan menggunakan khidmat Safee.

“Setakat ini tiada sebarang masalah untuk Safee mewakili negara kerana kami belum menerima sebarang arahan khusus daripada FIFA.

“Untuk itu, kami mengambil pendekatan selagi Safee tidak dilarang bermain, dia akan terus beraksi dengan skuad negara.

“Malah namanya turut disenaraikan untuk perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi dan Filipina tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, portal berita Indonesia, Republika co.id mendedahkan Setiausaha FIFA, Jerome Valcke dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Alex Soosay mengarahkan pemain yang beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) tidak lagi dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan.

Ia dibuat menerusi sepucuk surat kepada Persekutuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Subahan mengakui, beliau perlu mengikut arahan jika dalam masa terdekat menerima surat daripada PSSI atau FIFA mengenai pengharaman penggunaan pemain yang beraksi dalam ISL.

“Jika ada arahan sedemikian, kami kena akur. Saya dan pengurusan pasukan negara tidak boleh suka-suka menurunkan Safee jika dia tidak dibenarkan beraksi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan pihaknya menerima surat peringatan dari PSSI mengenai status terkini Safee.

“Tidak ada… tidak ada sebarang surat daripada PSSI. Ini semua hanya spekulasi. FAM tidak menerima apa-apa dari PSSI mengenai status Safee yang didakwa tidak lagi dibenarkan mewakili skuad kebangsaan,” ujarnya.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

dayne.ghazali@utusan.com.my

Malaysia kini lebih bersedia jumpa Bahrain di Manama
Pulihkan reputasi yang tercalar kepada Bahrain. Itulah peringatan jurulatih skuad Bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan skuad Olimpik Bahrain bagi pusingan akhir kelayakan Olimpik di Manama, Bahrain, Ahad ini.

Bagaikan masih terasa kekalahan pedih 2-3 kepada Bahrain, beliau berkeyakinan tinggi yang skuad kali ini ternyata lebih bersedia untuk meraih kemenangan pertama bagi membalas dendam kekecewaan yang dialami di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 November lalu.

”Memang peluang untuk layak ke Sukan Olimpik sangat tipis tetapi saya telah ingatkan kepada pemain, inilah masa yang sesuai untuk mereka pulihkan kembali maruah yang tercalar selepas kalah 2-3 pada pertemuan lalu.

”Ditambah kami benar-benar berada dalam keadaan terbaik daripada segi persiapan dan semua pemain yang cedera telah kembali, saya harap mereka semua dapat melakukan sesuatu.

”Siapa tahu jika kami menang di sana (Manama), kedudukan dalam kumpulan akan kembali terbuka dan peluang untuk layak masih ada tambahan selepas itu kami akan bermain dengan Jepun di tempat sendiri samping dibantu sokongan padu penyokong,” katanya ditemui selepas perlawanan persahabatan dengan Selangor, semalam.

Pada perlawanan dengan Selangor kelmarin, skuad Olimpik sekadar seri tanpa jaringan dengan separuh masa pertama berlangsung dalam keadaan hujan lebat.

Babak pertama menyaksikan Kim Swee memilih gandingan dua ‘Ahmad’ iaitu Ahmad Shakir Ali dan Ahmad Fakri Saarani sebelum memasukkan Ahmad Hazwan Bakri pada separuh masa kedua menggantikan Shakir.

Selain itu, dia mencuba kombinasi Muslim Ahmad dan Mohd. Amer Saidin di bahagian pertahanan tengah dan turut memberikan peluang kepada ketua pasukan Harimau Muda B, Wan Amirzafran Wan Nadris bermain di separuh kedua.

Mengenai aksi para pemainnya, Kim Swee mengakui dia berpuas hati dengan persembahan para pemain secara keseluruhan memandangkan mereka sudah lama tidak beraksi secara kompetitif.

”Beberapa pemain seperti Ahmad Fakri, K. Gurusamy, Ahmad Shakir Ali dan Muslim Ahmad, saya tidak bimbangkan kerana mereka telah bermain dengan pasukan negeri masing-masing.

”Cuma pemain seperti Gary Steven Robbat yang baru bermain setelah empat bulan terpaksa berehat masih memerlukan masa yang untuk mendapatkan kembali rentak di samping Wan Zaharulnizam yang tidak bermain selepas Sukan SEA.

”Namun, semua telah kembali berada dalam yang baik, cuma kemungkinan beberapa pemain yang baru pulih ini saya tidak akan letakkan dalam kesebelasan utama kerana faktor kecergasan,” katanya.

Kim Swee membawa 21 pemain ke Manama dengan menggugurkan empat pemain, Syahrul Azwari kerana kecederaan buku lali, Syazwan Tajuddin, Izuan Solahudin dan Sharil Shaari.

Selain itu, skuad kali ini juga tidak dapat membawa dua pemain utama, Mohd. Fadhli Shas dan A. Thamil Arasu kerana telah mendapat dua kad kuning dalam edisi pusingan kelayakan kali ini.

UTUSAN MALAYSIA

Harimau Malaya belasah Red Warriors
Pasukan bimbingan K.Rajagobal membenam cabaran Kelantan dengan jaringan 5-0.Kelantan yang menurukan 3 awang importnya gagal menunjukkan taring apabila dibaham mudah oleh Harimau Malaya.

Jelas menunjukkan bahawa Harimau Malaya tetap mampu menunjukkan taringnnya walaupun turun tanpa pemain utama seperti Khairul Fahmi,Safee Sali dan pemain-pemain utama yang lain.

Gol-gol pasukan kebangsaan dijaringkan oleh Asraruddin, Shahurain, S.Kunalan Abdul Hadi Yahya dan Izuan Solahuddin.

Foto Kredit : Wawanfaiz.com & Dunia Warriors

Rajagobal masih tunggu jawapan Arab Saudi
Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menguji Arab Saudi belum menjadi kenyataan apabila masih tiada maklum balas daripada negara itu mengenai perlawanan persahabatan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Jurulatih Datuk K. Rajagobal berkata, beliau dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menanti status sebenar perlawanan tersebut, walaupun beliau secara peribadi menanam keyakinan pertemuan dengan gergasi Asia itu tetap akan berjalan seperti dirancang.

“Arab Saudi belum memberi apa-apa jawapan mengenai pertemuan dengan Malaysia.

“Namun ada tanda positif mereka berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut.

“Saya yakin ia tetap akan diadakan sebelum kami bertemu Filipina pada 29 Februari ini.

“Jika perlawanan dengan Arab Saudi tidak jadi, kami tidak boleh menggantikan dengan pasukan lain pada saat akhir kerana terikat dengan kalendar FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa),” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama Harimau Malaya di Wisma FAM.

Pengendali berusia 56 tahun itu turut mengesahkan skuadnya berpeluang menguji Kelantan dalam aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

“Namun pada perlawanan itu nanti, saya tidak dapat menggunakan beberapa pemain ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

“Ini kerana mereka terlibat dalam perlawanan Liga Perdana menentang Pahang Jumaat ini. Saya akan memberi peluang kepada pemain lain,” katanya.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

sukan@utusan.com.my

Kim Swee: Apex bukan ‘anak emas’
“APEX (Khairul Fahmi Che Mat) bukan ‘anak emas’ skuad Olimpik negara, sebaliknya saya akan melayan kesemua pemain sama rata, jadi tuduhan itu jelas tidak berasas.”

Demikian tegas pengendali skuad bawah 21 tahun negara, Ong Kim Swee berhubung tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap Khairul Fahmi yang ‘gagal dikesan’ semasa latihan hari pertama skuad itu di Wisma FAM, Kelana Jaya Rabu lalu.

Kim Swee berkata, pihaknya sentiasa bertolak ansur dan mendengar segala masalah yang dihadapi setiap pemainnya termasuk Khairul Fahmi, selain tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

“Dalam kes Apex, semua sudah sedia maklum bahawa ia hanya satu salah faham dan dia bukannya suka-suka ponteng menjalani latihan.

“Jasa Apex bersama skuad negara juga cukup besar, jadi janganlah menyangkakan dia ‘anak emas’ semata-mata tidak berdepan sebarang hukuman berhubung tindakannya (tidak menjalani latihan) sebelum ini,” kata Kim Swee kepadaKosmo!

Sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui ‘terkeliru’ mengenai jadual latihan pasukan kebangsaan menjelang pertemuan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C pada 5 Februari depan.

Difahamkan, Hero Malaya itu terikat dengan komitmen bersama majikannya, Kelantan sebagai persediaan berdepan Kuala Lumpur bagi aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin. Kelantan menang 3-0 dalam pertemuan itu.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, kesemua pemain yang tidak membarisi skuad Harimau Muda A termasuk Khairul Fahmi, Mohd. Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu), K. Gurusamy (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan), Ahmad Fakri Saaraini (Felda United), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) dan Wan Amirzafran Wan Nadris (Harimau Muda B) kembali menjalani latihan semalam sebelum berlepas ke Manama pada 1 Februari depan.

Bagaimanapun, jelasnya, kedudukan pemain-pemain terbabit masih belum terjamin sepenuhnya apabila beliau hanya akan membawa 21 pemain sahaja ke Manama, sekali gus menyaksikan sekurang-kurangnya empat pemain akan digugurkan.

“Saya mementingkan prestasi semasa pemain tidak kira sama ada mereka pemain Harimau Muda ataupun tidak.

“Justeru nama-nama pemain yang digugurkan dijangka diketahui selepas aksi persahabatan menentang Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa ini (esok),” katanya.

KOSMO ONLINE