MALAYSIA LEAGUE ONLINE » FA Cup

Pemain gantian wira Terengganu
KUALA LUMPUR– Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira Terengganu apabila gol kemenangannya pada minit ke-109 masa tambahan membawa skuad Putih Hitam itu menjulang Piala FA 2011 dengan menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang dramatik, semalam.

Dia yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashari, merembat masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat selepas mendapat umpanan tandukan Joseph Kallang Tie daripada satu sepakan sudut sebelah kiri.

Terdahulu perlawanan itu terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin.

Nurul Azwan menewaskan penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli menerusi sepakan lambung selepas melakukan larian kencang dan menyambung lorongan bola daripada Shakir Shaari pada minit ke-79.

Ketika perlawanan berlanjutan ke masa kecederaan lima minit dan mencecah penghujungnya dan seolah-olah Kelantan akan merangkul trofi itu kali pertama, anak buah Datuk M. Karathu dikejutkan dengan gerakan Abdul Manaf dari sebelah kanan.

Penyerang Terengganu itu mengutip lorongan bola daripada Ashari Samsudin dari sebelah kanan sebelum menolak menewaskan Khairul Fahmi yang kemudiannya tertanduk ke gawang Kelantan oleh pemainnya, Daudsu.

Kejayaan menjulang trofi pertandingan kalah mati kebangsaan itu sekali gus mengulangi kejayaan Sang Penyu melakukannya buat kali terakhir pada 2000 dengan menewaskan Pulau Pinang menerusi penentuan penalti 4-3.

Menariknya ialah Piala FA kali ini dimenangi jurulatih Terengganu, Irfan Bakti yang secara kebetulan berasal dari Kelantan dan melatih Pulau Pinang yang ditewaskan lawan dalam perlawanan akhir, 11 tahun lalu.

Sebaliknya kekalahan tipis ini langsung meranapkan impian Kelantan untuk menambah koleksi gelaran kedua Liga Malaysia musim ini selepas menjulang Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0 pada awal tahun.

Kelantan turut terus kempunan Piala FA selepas dihampakan Selangor menerusi penentuan penalti 4-1 juga di Bukit Jalil, dua tahun lalu selepas mereka terikat 1-1.

Perlawanan akhir edisi ke-22 ini turut disaksikan oleh tetamu kenamaan seperti Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, jurulatih Terengganu Irfan Bakti memuji pemain yang bangkit untuk menenangi perlawanan.

“Pemain berjuang sehingga ke minit akhir (masa sebenar) untuk mencari gol penyamaan dan mengheret permainan ke masa tambahan, seterusnya memenangi perlawanan,” katanya.

Jurulatih Kelantan, Karathu pula mengakui jaringan penyamaan pada minit akhir masa kecederaan, melemahkan semangat pemain.

“Apabila permainan berlanjutan ke masa tambahan, adalah sukar untuk pemain mengekalkan semangat seperti masa pada masa sebenar,” katanya.

Utusan Malaysia

Terengganu, Kelantan dikawal ketat
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berkompromi mengenai tahap keselamatan perlawanan akhir Piala FA membabitkan dua pasukan Pantai Timur, Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Jun ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengerah 2,430 anggotanya, sambil dibantu 400 anggota Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di dalam dan luar stadium terkawal sepanjang perlawanan itu.

Sambil menyifatkan peningkatan jumlah anggota polis yang dikerah sebagai perkara biasa, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin melahirkan penghargaan terhadap pihak polis di atas komitmen agensi penguatkuasa itu membantu FAM dalam setiap perlawanan penting.

“Kita semua tahu dalam mana-mana perlawanan akhir, ada segelintir peminat yang mungkin gagal mengawal emosi.

“Jadi, isu tahap keselamatan amat penting dan kita tidak boleh leka. Ia patut berada pada tahap maksimum dari awal sehinggalah selesai perlawanan,” kata Hamidin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid, pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan pengurus Kelantan, Azman Ibrahim.

Berhubung perbuatan menyeludup masuk barang larangan terutama mercun, Hamidin mengakui ia sukar dibendung, namun sepihaknya dan polis akan cuba mengurangkannya.

Terdahulu, Hamidin bersama sekumpulan pegawai FAM memeriksa keadaan padang dan sekitar Stadium Nasional.

“Selepas menjalankan pemeriksaan ke stadium dan padang hari ini, saya boleh katakan padang berada dalam keadaan terbaik.

“Kemudahan bilik persalinan dan doping juga dalam keadaan yang sangat bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidin turut mengumumkan sejumlah 60,000 tiket, masing-masing 30,000 bagi penyokong Kelantan dan Terengganu akan mula dijual oleh persatuan bola sepak negeri, Isnin depan.

Sementara baki 25,000 keping tiket pula akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional sehari sebelum perlawanan akhir berlangsung, 11 Jun ini.

Ia akan mula dijual seawal jam 9 pagi hingga 7 malam. Sekiranya tidak habis dijual, penjualan tiket akan diteruskan pada keesokan harinya.

Tiket dijual pada harga RM50 bagi tempat duduk grandstand, RM30 (teres) dan RM5 bagi kanak-kanak.

Oleh TAN MING WAI

tan.mingwai@utusan.com.my

Piala FA: Kelantan, Terengganu ke final
DUA gergasi Pantai Timur – Kelantan dan Terengganu akan membuat  perhitungan pada final Piala FA 11 Jun depan di Stadium Nasional, Bukit  Jalil, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasukan mara selepas mengatasi lawan masing-masing pada  aksi separuh akhir yang menyaksikan Terengganu mara dengan agregat 5-2  sementara Kelantan melangkah bergaya dengan agregat 6-2.

Semalam, Terengganu menewaskan Pahang 2-0 pada separuh akhir kedua di  Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas  mencatat kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu  lepas.

Kelantan pula sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi kedua di  Kota Bharu selepas menang bergaya 5-1 pada aksi pertama di Shah Alam  minggu lepas.

Bagi Terengganu, mereka menamatkan penantian beraksi di final sejak  2004 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir piala berprestij  itu.

Pada aksi separuh akhir kedua itu, skuad Penyu jelas berada dalam  kelas tersendiri selepas menewaskan pasukan jiran, Pahang 2-0 untuk  layak dengan agregat 5-2.

Lebih manis lagi, kemenangan yang dilakar di itu turut disaksikan  Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan hampir 25,000  penyokong setia mereka.

Pada perlawanan semalam, bintang baru Terengganu, Abdul Hadi Yahya  menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah pada minit ke-35.

Gol itu hadir menerusi sepakan penalti selepas Hadi dikasari penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Pahang cuba bangkit mencari gol penyamaan,  namun beberapa asakan berbahaya ke pintu gol lawan gagal menemui  sasaran.

Sebaliknya, Terengganu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua  pada minit ke-85, kali ini menerusi Mohd. Ailimi Fahmi yang baru  seminit dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie.

Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final saingan Liga  Malaysia ialah pada perlawanan akhir Piala FA tahun 2004 yang  menyaksikan pasukan dari Pantai Timur itu tewas 0-3 kepada Perak.

Sebelum itu, Terengganu telah dua kali melangkah ke pentas sama iaitu  pada tahun 2000 yang menyaksikan mereka muncul juara selain pada tahun  1999 ketika tewas kepada Kuala Lumpur.

Oleh MANIRAH OTHMAN

dan YATIMIN ABDULLAH

sukan@kosmo.com.my

Satu malapetaka – Devan
“KEKALAHAN teruk ini boleh dianggap satu malapetaka buat Selangor. Inilah kekalahan terbesar yang pernah kami alami. Saya memang tak sangka.”

Demikian jelas jurulatih Selangor, K. Devan ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam kelmarin yang menyaksikan Selangor dibelasah 1-5 oleh Kelantan.

Tanpa mahu mengaitkan ia dipengaruhi unsur rasuah atau jual perlawanan, Devan berkata, punca sebenar adalah kesilapan mudah yang dilakukan penjaga gol, Saiful Amar Sudar serta barisan pertahanan diketuai Yosri Derma Raju dan Bunyamin Umar.

“Apabila sudah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, susah untuk kami bangkit pada babak kedua. Semua pemain sudah tidak termotivasi lagi. Malah ada yang minta ditukarkan ketika di bilik persalinan.

“Dalam peringkat separuh akhir, pemain tak sepatutnya melakukan kesilapan. Lihat Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan) bola keluar pun dia selamatkan. Saiful Amar pula jelas gugup,” ujar Devan.

Lantas Iqbal Suhaimi yang dimasukkan pada minit ke-74 selepas gawang Selangor bolos sebanyak lima kali dijangka akan kembali merampas posisi penjaga gol utama pada aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu malam esok.

Ditanya adakah mental para pemain Selangor begitu lemah sehingga mudah dipermainkan pemain-pemain Kelantan, Devan hanya berkata: “Apabila sudah dibolosi banyak gol, pemain jadi putus asa.”

Devan bagaimanapun tetap mahu anak-anak buahnya memberikan yang terbaik malam esok biarpun sedar hanya kemenangan sekurang-kurangnya 5-0 mampu membawa Selangor layak ke final Piala FA pada 11 Jun depan.

“Memang satu tugas sukar. Tapi kami tetap perlu hadapi perlawanan kedua ini biarpun terus akan turun tanpa Khairul Anuar Baharum dan Razman Roslan yang cedera panjang.

“Kalau boleh, saya cuba untuk rehatkan beberapa pemain kerana kita kini perlu beri fokus untuk baki saingan Liga Super pula,” tambah Devan

Selangor dibelasah teruk
Sebelah tangan Kelantan sudah menguak pintu perlawanan  akhir selepas membelasah Selangor 5-1 pada separuh akhir bola sepak  Piala FA sementara Terengganu bangkit dengan mengagumkan untuk turut  merebut satu lagi tiket setelah mengatasi Pahang 3-2, malam tadi.

Anak buah K. Devan yang juga juara 2009, bagaikan ‘dipukau’ dengan  dua gol Ramzul Zahini Adnan pada minit ke-10 dan 40 selain masing-masing  satu daripada ketua pasukan, Badri Radzi (43), Nurul Azwan Roya (67)  dan Norshahrul Idlan Talaha (71) di Stadium Shah Alam.

Tuan rumah beroleh gol sagu hati menerusi ketua pasukan, Amri Yahyah  dalam masa kecederaan untuk mencari sedikit modal bagi terus bersaing  pada separuh akhir kedua, Isnin ini sekalipun menempah laluan yang amat  berliku apatah lagi dengan peraturan jaringan tempat lawan.

Sebaliknya, pelawat bimbingan Datuk M. Karathu bakal kembali ke  Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu dengan cukup selesa malah sudah  boleh memikirkan untuk hanya menurunkan barisan simpanan mahupun lebih  banyak bertahan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula, Tok Gajah pula mensia-siakan  pendahuluan dua gol menerusi sepakan bebas kaki kiri Munir Amran dan R.  Surendren masing-masing pada minit ke-47 dan 54 gara-gara kelalaian  barisan belakangnya pada setengah jam terakhir.

Terengganu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim sebaliknya kembali  garang malah memanfaatkan keadaan tertekan lawan apabila merapatkan  kedudukan menerusi jaringan sendiri pemain Pahang, Saifulnizam Miswan  pada minit ke-63 yang tertampan sepakan Ashari Samsudin.

Wan Aliff Jasmi menambah derita tuan rumah dengan tandukan jarak  dekatnya pada minit ke-81 sebelum Ismail Faruqi memastikan Sang Penyu  beroleh kemenangan dan kelebihan satu gol di Kuala Terengganu, Isnin ini  menerusi tandukannya dalam minit terakhir perlawanan.

Sementara itu, PKNS menempah tempat kenaikan ke Liga Super musim  depan (sekiranya tiada pindaan peraturan oleh Jawatankuasa Pertandingan  Tempatan) setelah menumpaskan Sarawak 2-0 pada perlawanan Liga Perdana  di Stadium Petaling Jaya.

Kelab Selangor bimbingan Abdul Rahman Ibrahim itu kini mengumpul 45  mata daripada 17 perlawanan sekali gus sukar dikejar untuk  sekurang-kurangnya berada dalam kelompok dua teratas Liga Perdana dan  dipisahkan dengan sembilan mata berbanding Sarawak.

Utusan

Ibarat final
Pertembungan separuh akhir Selangor-Kelantan seperti buku bertemu ruas

IBARAT final tetapi berdasarkan rekod tiga perlawanan lalu, pentas separuh akhir pertama Piala FA di antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini, seharusnya memihak barisan Pantai Timur itu.

Namun ia hanya perkiraan di atas kertas dan Gergasi Merah yang dibarisi pemain kebangsaan dan berpengalaman, pasti enggan terus dibayangi kehebatan Red Warriors terutama selepas kejayaan menjuarai Piala FA kali kelima, dua tahun lalu apabila mengecewakan lawan berkenaan menerusi penentuan penalti pada final.

Namun kebangkitan Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu menyaksikan Selangor bagai hilang arah termasuk apabila tewas dua kali selepas itu, baik di laman sendiri atau gelanggang lawan.

Pada aksi suku akhir Piala Malaysia tahun lalu, Selangor sekadar seri di Shah Alam dan tewas 3-0 ketika berkunjung ke kubu kuat Kelantan – Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, dan tewas lagi 2-0 pada perlawanan sumbangsih pembukaan Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah.

Terbaru mereka tewas 0-1 dalam perlawanan liga di Kota Bharu akhir bulan lalu, sedikit sebanyak menjejaskan kehebatan skuad K Devan walaupun kini berada di persada Liga Super dengan 42 mata, dua mata di depan Kelantan.

Dalam satu lagi pentas separuh akhir Piala FA, dua jiran Pantai Timur, Pahang dan Terengganu turut berentap di Stadium Darulmakmur dengan masing-masing terdesak memburu kejuaraan kali kedua – Pahang pada 2006 dan Terengganu pada 2000.

Berita Harian

Dollah lega Pahang mara
JURULATIH Pahang, Dollah Salleh ternyata lega selepas skuad kendaliannya berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir Piala FA.

Biarpun seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam kelmarin, Pahang tetap mara ke separuh akhir menerusi agregat 2-1.

Ia hasil kemenangan kemenangan 2-1 pada aksi suku akhir pertama di gelanggang lawan, 15 Mac lalu.

“Apa yang penting kita berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Saya akan memberi pemain berehat selepas ini dan saya percaya mereka akan pulih sebelum bangkit dengan prestasi cemerlang bagi meneruskan perjuangan musim ini,” kata Dollah.

Mengulas mengenai aksi malam kelmarin, Dollah berkata, anak-anak buahnya agak keletihan sehingga gagal menampilkan aksi hambar.

“Boleh dikatakan, pasukan Pahang bermain tidak seperti mana yang diharapkan pada malam ini (kelmarin).

“Selepas kita mempamerkan aksi cemerlang semasa bertemu Kelantan pada saingan Liga Super dan Kuala Lumpur pada suku akhir pertama Piala FA sebelum ini, kita mungkin sudah keletihan dan tidak bermaya.

“Apa yang dirancang oleh kita serba tidak menjadi tetapi kita masih berupaya untuk bertahan.

“Kuala Lumpur juga dilihat tidak melakukan percubaan berbahaya dan akhirnya kita berjaya menyekat pasukan itu daripada mencatat kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Dollah mengakui para pemain Pahang tidak mengalami sebarang tekanan untuk terus mara pada saingan Piala FA kerana pencapaian mereka untuk mengisi slot ke separuh akhir juga tidak dijangka.

“Kita akan cuba yang terbaik. Sebagaimana kebangkitan kita sebelum ini, kita akan cuba kekalkan,” ujarnya.

Oleh HAFIZ ABBAS

mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

Felda kekang Wira Merah
KUALA LUMPUR – Sepakan penalti minit terakhir oleh Felda United menghampakan juara Piala Malaysia, Kelantan sekali gus mengikat tuan rumah 2-2 dalam perlawanan bola sepak suku akhir pertama Piala FA 2011 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

Pendahulu Liga Super itu terlepas modal kemenangan dan kelebihan satu gol gara-gara kekasaran Farisham Ismail terhadap Ramesh Lai Ban Huat yang menghadiahkan sepakan itu untuk disudahkan pemain Felda United, Liew Kit Kong.

Malah pelawat mengejutkan Kelantan hasil tandukan masuk Zamri Chin pada minit ke-31 sebelum ketua pasukan tuan rumah, Badri Radzi menyamakan kedudukan menjelang waktu rehat disusuli gol kedua minit ke-70 oleh Norshahrul Idlan Talaha.

Sementara itu, juara FA 2009, Selangor mencapai kemenangan agak selesa, 3-1 ke atas Johor hasil jaringan Hardi Jaafar, Rudie Ramli dan Amri Yahyah masing-masing pada minit ke-49, 55 dan 71 di Stadium Shah Alam.

Lawan dari Liga Perdana itu bagaimanapun tidak mudah menyerah lantas merapatkan kedudukan menerusi rembatan Mohd. Alif Mohd. Yusof pada minit ke-78 daripada umpanan sebelah kanan Norizam Salaman.

Perak pula masih belum begitu selesa biarpun berjaya menundukkan Terengganu 3-2 di Stadium Perak, Ipoh dengan jaringan Isma Alif Mat Salim (14), Mat Pazrul Hazli (79) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli (82).

Abdul Manaf Mamat dan Reeshafiq Alwi memastikan pasukan pelawat dari Pantai Timur masih berpeluang dalam suku akhir kedua, Sabtu ini dengan gol masing-masing minit ke-40 dan ke-90.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kuala Lumpur yang berstatus tuan rumah, sempat menyamakan jaringan menerusi Ahmad Azlan Zainal, minit ke-55 sebelum kecundang 2-1 dengan jaringan pemain Pahang, Famirul Asraf Sayuti (ke-29) dan Azamuddin Akil (ke-64).

UTUSAN MALAYSIA

Selangor bawa bekalan selesa
KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (dua dari kanan) diasak pemain pertahanan Johor pada aksi Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 3-1.

SELANGOR berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila mudah menewaskan Johor 3-1 pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi.

Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Selangor membuka tirai jaringan menerusi tolakan Hardi Jaafar yang mudah mengatasi tiga pertahanan Johor pada minit ke-49.

Hanya selang enam minit kemu- dian, Selangor menambah gol kedua menerusi penyudah kemas Rudie Ramli hasil hantaran Amirul- hadi Zainal dari sebelah kanan.

Selangor terus selesa dengan gol ketiga hasil rembatan jarak dekat Amri Yahyah selepas memperdaya pertahanan Johor untuk menewaskan penjaga gol, Amirul Abu Seman pada minit ke-71.

Namun, kelalaian benteng pertahanan Selangor dihukum Johor yang memperoleh gol sagu hati pada minit ke-77 menerusi remba- tan kencang Alif Yusof yang gagal diselamatkan Iqbal Suhaimi.

“Selepas 3-0, saya nampak seba- hagian pemain gagal menunjukkan kesungguhan seperti biasa tetapi yang penting kita dapat bekalan dua gol untuk ke Larkin, Sabtu ini,” kata jurulatih Selangor, K. Devan.

Jurulatih Johor, Azmi Mohamed pula berkata: “Kami hilang konsentrasi pada babak kedua ter- utama di bahagian kiri tetapi saya tetap yakin kami mampu bangkit pada aksi kedua nanti.”

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Felda United berjaya mengikat tuan rumah, Kelantan 2-2 hasil jaringan penyamaan Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.

Felda United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-31 menerusi jaringan Zamri Chin sebelum berjaya disamakan kapten Kelantan, Badhri Radzi pada masa kecederaan babak pertama.

Kelantan terus garang dengan gol kedua menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-69 tetapi penalti Kit Kong memusnahkan hajat mereka untuk meraih kemenangan.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah aksi pertama, tewas 1-2 kepada Pahang.

Pahang mendahului pada minit ke-35 menerusi jaringan Famirul Asyraf Sayuti sebelum disamakan Kuala Lumpur hasil sepakan penalti Ahmad Azlan Zainal minit ke-53.

Gol kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-65 menerusi Azamuddin Akil.

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR

fakhrul@kosmo.com.my

Pusingan pertama Piala FA catat 40 gol
SAINGAN Piala FA melibatkan 11 perlawanan yang  diadakan serentak malam kelmarin,  merekodkan satu lagi catatan menarik  dalam sejarah bola sepak tempatan apabila 40 gol berjaya dijaringkan.

Tiga pasukan dari saingan Liga Perdana, Selangor PKNS, Sime  Darby dan Johor berjaya menyumbat lima gol manakala Perak yang beraksi  dalam Liga Super musim ini turut menampilkan aksi garang apabila skuad  bimbingan Norizan Bakar itu meledak empat gol.

Sementara itu, skuad Harimau Muda B  turut menampilkan  persembahan cemerlang selepas membenam cabaran Kelab Sukan Melodi Jaya  4-0.

Dalam pada itu, malang buat skuad Perlis apabila gagal mara ke  pusingan kedua selepas tewas 0-2 di tangan juara Liga Perdana musim  lalu, Felda United.

Skuad Singa Utara itu gagal menggunakan kelebihan di gelanggang  sendiri malah kesempatan beraksi menentang 10 pemain lawan gagal  dimanfaatkan sepenuhnya.

Kekalahan terbaru ini menambah lagi duka Perlis yang kini  menghuni kedudukan tercorot Liga Super dengan gagal mencatatkan sebarang  kemenangan daripada empat perlawanan yang diharungi.

Perlawanan pusingan kedua dijangka diadakan pada 4 Mac depan  dengan melibatkan pertemuan Selangor menentang Harimau Muda B, Harimau  Muda A bertemu Johor, Johor melawan Kelantan dan Felda United menanti  kunjungan Kedah.

Selain itu, Selangor PKNS menjadi tuan rumah kepada perlawanan  menentang Pahang, Perak melawan Sime Darby dan ATM bakal membuat  percakaran dengan Terengganu.

Manakala, juara bertahan Negeri Sembilan menghadapi Kuala Lumpur.

Selangor pasukan paling unggul dengan lima kali kejuaraan,  diikuti Kedah berkongsi tiga kali gelaran dengan Kuala Lumpur, manakala  Negeri Sembilan dua kali, Perak juga dua kali serta Sabah, Sarawak,  Pulau Pinang, Pahang dan Johor masing-masing muncul juara sebanyak satu  kali.-Sinar harian