MALAYSIA LEAGUE ONLINE » Malaysia Cup

Trofi diarak seluruh negeri
SEREMBAN – Kejayaan skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang trofi Piala Malaysia ke Negeri Sembilan buat kali ketiga kelmarin, akan diraikan secara besar-besaran di seluruh negeri.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan mahu seluruh rakyat meraikan dan menyaksikan trofi tersebut dengan lebih dekat.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, PBNS merancang untuk mengarak trofi berprestij sukan bola sepak negara di setiap daerah negeri ini.

“Kejayaan ini satu kebanggaan buat Negeri Sembilan. Saya mahu seluruh rakyat dapat menyaksikan piala tersebut dari dekat, selain bertemu dan beramah mesra dengan pemain yang telah berjuang berhabis-habisan untuk membawa pulang piala ini.

“Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita akan pastikan ia disusun dengan dengan rapi,” katanya pada majlis meraikan kepulangan pasukan Negeri Sembilan di Wisma PBNS, semalam.

Hampir 1,000 peminat Hoben Jang Hoben berkumpul di Wisma PBNS menyambut kepulangan skuad Negeri Sembilan yang menang 2-1 pada final Piala Malaysia ke atas Terengganu kelmarin.

Mohamad turut memberitahu, PBNS sedang berbincang berhubung habuan atau ganjaran yang akan diberikan kepada pemain di atas kejayaan membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepadanya memimpin skuad Rusa.

“Tanpa sokongan dan kepercayaan beliau, sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malaysia,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

Bebankan peminat!
SEREMBAN – Keluhan orang ramai ekoran harga tiket melampau yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini turut mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara amnya pihaknya tidak bersetuju dengan kadar harga tiket perlawanan yang ditetapkan FAM.

Malah, beliau berpendapat bahawa harga yang tinggi itu akan membebankan penyokong tegar kedua-dua pasukan.

”Ia adalah keputusan pihak jawatankuasa FAM, namun kita tidak setuju dengan harga yang melonjak dari RM30 kepada RM50 kerana ini amat membebankan peminat dan penyokong untuk perlawanan akhir itu nanti.

”RM50 itu nampak terlalu tinggi tetapi terpulanglah kepada budi bicara FAM untuk menentukannya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keputusan FAM menaikkan harga tiket di sini semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar tidak menolak kemungkinan bahawa harga tiket yang tinggi itu sedikit sebanyak akan menjejaskan jumlah kehadiran penonton yang akan hadir pada final nanti.

Begitupun, Mohamad tetap menaruh harapan penyokong skuad Hoben Jang Hoben tetap membanjiri Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Katanya, kehadiran penonton mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain mereka untuk membawa pulang kejuaraan berpresjtij itu sekali lagi.

Katanya lagi, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan tiket perlawanan akhir, pihak PBNS mengambil inisiatif dengan menjualnya diseluruh daerah di negeri ini.

”Tiket-tiket ini akan dijual di semua daerah di negeri ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya tanpa perlu datang ke Seremban.

“Begitupun, bagi mereka yang yang mahu membeli di Seremban, tiket akan dijual di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi,” katanya.

Mohamad juga menjelaskan, hasil perbincangan pihaknya, PBNS telah memutuskan untuk mengehadkan pembelian tiket kepada 10 tiket bagi setiap pembeli dalam usaha mengatasi masalah ulat tiket .

”Melainkan mereka yang mempunyai permit bas dibenarkan untuk membeli tiket sehingga 50 keping.

“Arahan telahpun dikeluarkan, dan setiap seorang hanya dibenarkan membeli 10 tiket bagi setiap pembeli,” katanya.

Oleh Farabi Sheikh Said Al Jabri

utusanN9@utusan.com.my

‘Kaji semula harga tiket final’
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji semula harga tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Menurut Ahmad Shabery, harga tiket untuk semua tempat duduk itu dianggap mahal bagi peminat-peminat bola sepak yang kurang berkemampuan.

Katanya, harga tiket RM50 berbanding RM30 yang dijual pada aksi final Piala Malaysia sebelum ini adalah satu peningkatan yang mendadak.

“Bagi mereka yang datang seorang mungkin tidak ada apa-apa tetapi bagi mereka yang datang satu keluarga adalah melibatkan jumlah kos yang besar.

“Mungkin sebelum ini mereka hanya perlu membayar sebanyak RM150 untuk lima orang, tetapi sekarang RM250,” kata Ahmad Shabery di Menara KBS di Putrajaya semalam.

Ahmad Shabery berkata, beliau sudah maklum perkara itu telah dipersetujui oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Saya tidaklah begitu kecewa sekiranya harga tiket ini diumumkan lebih awal, tetapi bila dah masuk final keghairahan peminat sukan akan terhenti.

“Lebih-lebih lagi apabila bermain di Stadium Shah Alam yang orang ramai tahu mutu padang itu rendah,” ujarnya.

Di Seremban, PBNS turut menegaskan bahawa harga tiket RM50 itu membebankan para penyokong.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PBNS tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan kerana ia jelas melonjak dari harga tiket final Piala Malaysia musim lepas.

“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan, tetapi itu bukan bidang kuasa saya.

“Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan, tetapi keputusan telah dibuat,” katanya.

Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan turut kesal dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket final Piala Malaysia musim ini.

Timbalan Presidennya, Mohd. Faidzul Mohd. Noh menyifatkan ia sesuatu yang membebankan peminat dan penyokong.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

afifihafiz.nor@kosmo.com.my

Terengganu, N.Sembilan ke final
TERENGGANU dan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 selepas meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing pada aksi separuh akhir kedua malam tadi.

Negeri Sembilan yang melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menang 2-1 sekali gus mara dengan agregat 6-3.

Pada aksi separuh akhir pertama sebelum ini, Negeri Sembilan menang 4-2.

Terengganu pula mara dengan agregat 4-1 selepas membenam Selangor 2-1 pada aksi kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu, gergasi Pantai Timur itu melakar kemenangan 2-0 sekali gus memusnahkan ‘Misi 33’ skuad bimbingan P. Maniam itu.

Final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

KOSMO ONLINE

Terengganu tetap waspada
“JANGAN terlalu selesa dengan situasi sekarang.” Demikian peringatan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti kepada anak-anak buahnya meskipun sudah memperoleh bekalan selesa selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011, malam kelmarin.

Irfan secara sinis mengakui dua gol yang diperoleh di Stadium Shah Alam itu bukanlah modal besar sehingga membolehkan para pemainnya bermain sambil lewa pada aksi kedua di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

“Memang kami menang 2-0, tetapi permainan belum lagi berakhir. Masih ada 90 minit lagi yang perlu kami lalui dan dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru, kata pengendali kelahiran Kelantan itu, komitmen amat ditagih daripada kesemua pemain dalam misi mereka memburu tempat ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini.

Jelasnya, kejayaan menumbangkan Kelantan pada suku akhir dan mendahului Selangor dengan kelebihan dua gol menjadi bukti terhadap kehebatan Terengganu ketika ini.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berpesta dan kami perlu mengelakkan diri daripada bersikap terlalu angkuh serta sombong. Kami perlu cekalkan hati kerana perjuangan kami masih belum selesai.

“Selangor akan hadir di Kuala Terengganu tanpa sebarang tekanan kerana mereka tahu kami memiliki kelebihan besar. Tetapi, situasi inilah yang membimbangkan saya kerana takut pemain akan leka sehingga membahayakan kedudukan pasukan,” jelasnya.

Pada perlawanan di Stadium Shah Alam kelmarin, kesebelasan utama Terengganu sekali lagi menampilkan kelas tersendiri apabila mudah menjerat Selangor dengan dua gol menerusi sentuhan Abdul Manaf Mamat.

Kejayaan itu sekali gus mengulangi skrip yang sama di Kota Bharu minggu lalu apabila anak-anak buah Irfan mampu menyerap tekanan ribuan penyokong Gergasi Merah Kuning yang membanjiri stadium.

“Bukan mudah sebenarnya beraksi di Shah Alam kerana Selangor sama seperti Kelantan mempunyai kelompok penyokong yang sangat hebat. Namun, kami berjaya lepasi kesukaran ini dengan keputusan yang positif,” katanya.

Mengulas perlawanan kelmarin, Irfan menjelaskan gol seawal minit pertama yang dijaringkan Manaf berjaya menaikkan semangat para pemain untuk terus bertahan mengekang asakan lawan.

Jelasnya, kehadiran Reshafiq Alwi dan Ahmad Nordin di bahagian tengah juga perlu diberikan pujian termasuk jentera tengah yang dikemudi Marzuki Yusof.

“Saya pilih Manaf sebagai pemain terbaik pada perlawanan semalam dan memberi kredit kepada Reshafiq dan Ahmad Nordin atas kesungguhan mereka membantu jentera tengah dan pertahanan.

“Inilah barisan terbaik saya dan pemain telah mempamerkan satu mutu permainan luar biasa sejak kebelakangan ini,” katanya.

Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa@kosmo.com.my

Terengganu, NS di ambang akhir
KUALA LUMPUR – Terengganu dan Negeri Sembilan mampu membayangkan pentas akhir Piala Malaysia selepas memperoleh bekalan selesa babak pertama separuh akhir Piala Malaysia, semalam.

Terengganu menewaskan Selangor 2-0 manakala satu lagi separuh akhir menyaksikan Negeri Sembilan menang 4-2 ke atas T-Team.

Di Stadium Shah Alam, Abdul Manaf Mamat menjulang Terengganu menerusi dua jaringannya.

Kemenangan itu meletakkan skuad Penyu itu kini bagaikan sebelah kaki ke pentas akhir buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun sementara ‘Misi 33′ Selangor mungkin sekadar impian untuk dicapai pada musim ini kerana perlu mencari kemenangan sekurang-kurangnya 3-0 di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Tidak sampai seminit perlawanan bermula, Manaf berjaya mendiamkan 30,000 penyokong Selangor apabila meletakkan Terengganu di depan.

Berpunca daripada hantaran lintang Ashaari Samsudin di sebelah kiri, dia bijak melepasi perangkap ofsaid dan tanpa diduga penjaga gol Selangor, G. Jeevananthan, Manaf tanpa melihat ke arah pintu gol melepaskan sepakan melalui tumit belakang ketika bekas penjaga gol USM FC itu tergamam.

Tersentak dengan gol tersebut, Selangor segera bangkit dalam usaha mendapatkan gol penyamaan tetapi dua percubaan Safiq Rahim, satu melalui percubaan jarak jauh pada minit ke-13 dan tiga minit kemudian menerusi sepakan percuma jauh melepasi palang gol.

Ketika Selangor leka dalam usaha mencari gol pembakar semangat, Manaf sekali lagi menghukum kerapuhan benteng Red Giants pada minit ke-32 dengan sepakan leret dari jarak 25 meter bagi meletakkan Terengganu semakin kukuh bergelar pendahulu perlawanan.

Jurulatih Selangor, P. Maniam terpaksa membawa keluar Hardi Jaafar pada minit ke-36 dan digantikan dengan Rudie Ramli dalam usaha menghidupkan jentera tengah yang banyak dikuasai pasukan pelawat, namun perubahan taktikal itu tidak memberikan kesan buat Selangor di samping kecekapan Sharbinee Allawee turut menjadi penghalang kepada anak-anak buah Maniam mendapatkan sebarang gol untuk dibawa ke Kuala Terengganu pada separuh akhir kedua.

Peluang terbaik Selangor hadir pada separuh masa kedua di minit ke-51 melalui Bunyamin Omar yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi mudah ditampan keluar oleh Sharbinee.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, Negeri Sembilan mencerahkan laluan ke perlawanan akhir apabila membenam cabaran tuan rumah, T-Team 4-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Skuad Hoben Jang Hoben tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Shahurain Abu Samah bijak menyudahkan umpanan cantik daripada S. Kunanlan seawal minit kelima.

Gol itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat T-Team apabila tidak sampai lima minit kemudian, Indra Putra Mahayuddin kembali menyamakan kedudukan setelah menyambut bola lintang daripada Mohd. Fitri Omar.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan terus melancarkan serangan balas ke kubu tuan rumah dan hasilnya, bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar menanduk masuk gol kedua pelawat pada minit ke-25 bagi membolehkan pasukannya mendahului 2-1.

Semangat melawan T-Team nyata tidak luntur apabila Nor Farhan Muhammad kembali menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-40.

Gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Hairuddin sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan T-Team apabila menjaringkan gol ketiga juga menerusi tandukan pada minit ke-42.

Masuk separuh masa kedua, skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah terus menggandakan asakan untuk menambah jaringan.

Hasilnya, S. Kunanlan terus menambah derita tuan rumah apabila tidak mensia-siakan peluang di depan jaring untuk gol keempat pelawat pada minit ke-50.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam separuh akhir kedua di Stadium Paroi, Sabtu ini.

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan iswan shafiq mat isa

sukan@utusan.com.my

Terengganu, T-Team congak peluang
DEBARAN pentas separuh akhir Piala Malaysia 2011 kian terasa dengan empat pasukan – Terengganu, T-Team, Selangor dan Negeri Sembilan mula mencongak strategi dalam misi memburu dua slot ke perlawanan akhir pada 29 Oktober ini.

Atas kertas, keempat-empat pasukan memiliki peluang seimbang untuk berada di pentas final dengan Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu pernah memiliki rekod bergelar juara.

Bagaimanapun, kehadiran T-Team, pasukan berstatus kelab dari Kuala Terengganu mencetuskan ramalan baharu mengenai kemungkinan dua pasukan dari Terengganu bakal bertemu sesama sendiri di pentas final.

T-Team yang dibimbing Yunus Alif akan menentang finalis tahun lalu, Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir, sementara juara Piala FA, Terengganu menghitung pertemuan dengan juara 32 kali, Selangor.

Apa yang pasti, kapten T-Team, Rosdi Talib dan kapten Terengganu, Marzuki Yusof mempunyai pendirian sama dengan menganggap hanya pasukan terbaik yang layak berada di pentas final Piala Malaysia musim ini.

Secara kebetulan, Rosdi dan Marzuki merupakan bekas pemain skuad emas Terengganu 2001 yang pernah menjulang Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.

Ibarat ‘perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan’, kedua-dua pemain berpengalaman itu kini menyimpan misi besar – membawa kedua-dua pasukan dari Pantai Timur itu ke pentas final.

Menurut Rosdi yang juga bekas kapten kebangsaan, kejayaan T-Team melangkah ke separuh akhir merupakan satu pencapaian membanggakan bagi sebuah pasukan berstatus kelab.

Katanya, kejayaan itu hadir hasil kerja keras para pemain dan jurulatih serta pengurusan yang menyimpan tekad untuk menjulang nama T-Team di persada bola sepak Malaysia.

“Kami gagal beraksi dengan baik dalam kempen Liga Super dan begitu juga saingan Piala FA.

“Namun, pengalaman lalu banyak mengajar kami dan kini T-Team merupakan sebuah pasukan yang matang dan cukup kental,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Tonggak pertahanan berusia 35 tahun itu juga menyifatkan pelaburan pasukan dengan membawa nama-nama besar seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohammad dan Azizi Mat Rose dari Kelantan selain menyunting Zairo Anuar Zailani dari Terengganu benar-benar membawa hasil.

“Kekuatan kami adalah kepada corak serangan kerana memang terbukti T-Team merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

“Namun, kami tetap menghormati Negeri Sembilan kerana pasukan itu memiliki rekod cemerlang di pentas Piala Malaysia sejak beberapa tahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Marzuki yang turut beraksi di posisi pertahanan mengakui begitu mengidamkan pentas final Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2001.

“Semua pemain pastinya mahu beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia kerana ia merupakan kejohanan paling berprestij di negara ini.

“Tapi kami tidak boleh terlalu mengharap kerana kami perlu melalui dua aksi separuh akhir menentang Selangor yang dianggap cukup mencabar,” kata kapten berusia 30 tahun itu.

Secara peribadi, baik Rosdi mahupun Marzuki, mereka tetap menyimpan hajat untuk menyaksikan dua pasukan dari Terengganu beraksi sesama sendiri pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, 29 Oktober ini.

Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa@kosmo.com.my

Juara bertahan tersingkir
KUALA LUMPUR – Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.

Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).

Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.

Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.

Selangor terus menyalakan misi untuk merangkul Piala Malaysia ke-33 apabila menang ke atas Perak 1-0 hasil jaringan Rudie Ramli pada minit ke-49 dan ditambah dengan kelebihan perlawanan suku akhir pertama apabila mereka mencatat kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Md. Fitri Omar minit ke-30 dan Zairo Anuar Zailani minit ke-63.

Sabah cuba bangkit pada saat-saat akhir perlawanan melalui jaringan saguhati Mafry Balang pada minit ke-86 bagaimanapun ia sudah terlambat dan T-Team berjaya mengikut pasukan abang, Terengganu untuk mara ke separuh akhir.

UTUSAN/ Aizzul A.Majid

Stadium Shah Alam jadi pilihan
BERITA gembira buat skuad Selangor!Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan pentas final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 29 Oktober ini.

Ia pastinya sesuatu yang menggembirakan bagi peminat skuad Gergasi Merah yang mempamerkan prestasi cemerlang, sekali gus berada di landasan tepat setelah membelasah Perak 3-1 pada aksi suku akhir pertama di gelanggang sendiri kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan itu diambil kerana venue final sebelum ini iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil masih dalam proses penyelenggaraan.

Menurut Azzuddin, lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Lembah Klang antara faktor utama Stadium Shah Alam dijadikan sebagai pentas final pada Piala Malaysia musim ini.

“Selepas pihak FAM dimaklumkan bahawa Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja penyelenggaraan trek, kami (FAM) merasakan pemilihan Stadium Shah Alam sebagai pentas akhir Piala Malaysia sebagai jalan yang tepat.

“Ini kerana, syarat-syarat venue untuk peringkat akhir Piala Malaysia haruslah berada di dalam kawasan Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita itu pasti menjadikan perangsang yang terbaik buat skuad Selangor yang memburu ‘Misi 33’.

Apa yang pasti, impian menjulang piala paling berprestij tanah air di laman sendiri akan menjadikan kejayaan itu lebih manis dan bermakna buat skuad kendalian P. Maniam nanti.

Sementara itu, Azzudin sempat mengulas mengenai pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang melayangkan lima kad merah dan sebelas kad kuning ketika Terengganu menentang Kelantan di dalam pertemuan suku akhir pertama.

Jelasnya, pihaknya menunggu laporan mengenai insiden yang menyaksikan dua pemain Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) manakala tiga pemain Kelantan iaitu Daudsu Jamaludin, Mohd. Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari dilayangkan kad merah.

Tambahnya, pihak FAM boleh bertolak ansur jika pihak pengurusan menyelesaikan sesuatu masalah dengan kaedah yang betul atau berbincang dan bukan mahu menjadikan pengadil sebagai lambang ‘kuasa’ FAM.

“Kita tidak menjadi seseorang pengadil itu ‘kebal’ tetapi jika pengurusan mahu mengkritik nilai mutu pengadilan, haruslah menggunakan saluran yang betul. Bukannya dengan cara terbuka.

“Laporan itu haruslah dihantar dalam tempoh 48 jam dan kita seharusnya bersikap profesional di dalam bidang ini serta akur kepada peraturan yang sedia maklum.

“Setakat ini (semalam), pihak kami masih tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak persatuan masing-masing (Terengganu dan Kelantan) namun kami akan meneliti segalanya sekiranya laporan itu sampai kepada pihak kami,” ujarnya.

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI

sukan@kosmo.com.my

Pengadil bertindak ikut emosi
LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah berkata, pengadil sepatutnya mengawal permainan dengan tenang dan bukannya mencari kesalahan para pemain untuk dilayangkan kad kuning.

“Layangan lima kad merah dalam satu perlawanan memang tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak negara dan ia cukup-cukup memalukan.

“Tindakan pengadil bukan sahaja membuatkan para pemain jadi tertekan, malah dianggap sebagai provokasi secara senyap kepada para penyokong kedua-dua pasukan,” jelasnya kepada Kosmo!.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Terengganu berjaya mendapat bekalan selesa menjelang aksi suku akhir kedua apabila menang 3-1.

Namun, perlawanan yang dianggap ‘Pertembungan Pantai Timur’ itu dicemari dengan layangan lima kad merah masing-masing dua kepada pemain Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) sementara tiga kepada pemain Kelantan iaitu Daudsu Jamaludin, Mohd. Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari.

Jelas Wan Mohd. Azmi lagi, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneliti sistem pengadilan bola sepak di negara ini yang dianggap kerap menimbulkan kontroversi.

“Kita lihat pengadil seolah-olah mempunyai ‘kuasa kebal’ untuk menghukum pemain, sedangkan mana-mana jurulatih yang mengkritik sistem pengadilan akan menerima hukuman.

“Jadi, FAM perlu bersikap lebih adil dengan mendengar suara kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Presiden Terengganu FC (TFC), Hazrul Hanafi pula berkata, tindakan pengadil yang melayangkan lima kad merah kelmarin telah merosakkan mutu permainan kedua-dua pasukan.

“Semua tahu Kelantan dan Terengganu merupakan dua pasukan terbaik di negara ini dan ekoran daripada tindakan pengadilan yang lemah, maka permainan yang sepatutnya menjadi baik telah bertukar seperti medan peperangan,” katanya.

Oleh MUSTAPA LAKAWA

mustapa.lakawa@kosmo.com.my