Tony dan Kamaruddin nak beli West Ham United
Written by man_playerz
![]()
Pembelian ke atas sebuah kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United membolehkan beberapa orang pemain muda Malaysia menimba pengalaman berlatih dan beraksi dengan kelab itu untuk beberapa tahun.
Untuk merealisasikan hasrat itu, dua tokoh korporat tempatan, Datuk Seri Tony Fernandes dan Datuk Kamaruddin Meranum kini di peringkat akhir untuk membeli kelab bola sepak Liga Perdana England, West Ham United.
”Atas semangat 1Malaysia, saya percaya mereka tiada halangan untuk memberi kebenaran jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menempatkan para pemain negara di West Ham,” kata sumber tersebut
Sumber memberitahu, pembelian kelab yang dibimbing oleh Gianfranco Zola itu akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu akan datang. (klik read more untuk maklumat lanjut)
Katanya, menerusi pembelian tersebut, Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia) dan Kamaruddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, akan memegang 51 peratus saham kelab tersebut.
”Pemilikan kelab West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu adalah pelaburan peribadi dan ia tidak melibatkan kepentingan syarikat AirAsia,” kata sumber tersebut.
Fernandes merupakan penyokong setia West Ham.
Beliau juga adalah Ketua Pasukan Lotus F1 Racing manakala Kamaruddin merupakan Pengarah pasukan yang akan beraksi dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Tambah sumber tersebut, pemilikan kelab England itu turut membuktikan kemampuan rakyat Malaysia membeli sebuah kelab yang beraksi dalam liga bola sepak terkemuka di dunia.
”Pemilikan West Ham oleh kedua-dua tokoh korporat itu kena pada masanya kerana ketika ini para pemain bola sepak negara sedang mencari kelab untuk berlatih di Eropah.
West Ham United berpusat di Upton Park, timur London, menduduki tangga keempat tercorot Liga Perdana England dengan mengumpul 18 mata dari 20 perlawanan, di depan, Bolton, Hull dan Portsmouth.
Antara pemain utama West termasuk Scott Parker, pemain kebangsaan England, Matthew Upson, penjaga gol Robert Green serta Kieron Dyer.
Musim lalu, West Ham menduduki tempat kesembilan dan kedudukan terbaik kelab itu dalam Liga Perdana ialah di tangga kelima pada 1998-99.
Sementara itu, sebuah akhbar tabloid dari London melaporkan West Ham United sedia menerima pemain Malaysia dalam skuad ini jika Tony dan Kamaruddin berjaya memiliki saham kelab ini.
Menurut Gianfranco Zola, beliau telah mengenalpasti beberapa orang pemain Malaysia yang berbakat besar dan mampu beraksi di tahap tertinggi.
“Ya, saya telah mengenalpasti beberapa orang pemain Malaysia yang mempunyai kemampuan beraksi dalam saingan bertaraf dunia ketika menonton perlawanan diantara Manchester United dengan skuad pilihan Malaysia dalam MUTV”, kata beliau.
No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

